Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Minum Kopi Sambil Cium...

KOPI dan ciuman adalah dua benda yang menarik bagi semua orang bukan?Tidak dinafikan...

Peserta Bersih 4.0 Berhimpun...

KUALA LUMPUR - Peserta perhimpunan Bersih 4 kembali berkumpul di sekitar Dataran Merdeka...

Siti Masitah Dipukul Objek...

KUANTAN - Dendam dan marah dengan keluarga Siti Masitah Ibrahim, 11, dipercayai menjadi...

Kerana Dendam Politik, DAP...

SECARA umum, perkataan 'adios' dalam bahasa Sepanyol bermaksud 'Selamat Jalan'. Kita mungkin pernah...

4 Sekeluarga Antara 10 Diberkas Kerana Merompak

KANGAR – Empat sekeluarga adalah antara 10 orang yang diberkas polis selepas mereka memecah masuk dan merompak sebuah kedai menjual telefon bimbit dan komputer di sini.

Timbalan Ketua Polis Perlis ACP Md Zukir Md Isa berkata anggota keluarga itu membabitkan seorang bapa, seorang anak lelaki dan perempuan serta menantu lelaki.

“Anak dan menantu mempunyai rekod jenayah lampau serta positif dadah ‘methamphetemine,’ kata Md Zukir pada sidang media di sini, hari ini.

Katanya mereka yang ditangkap berumur lingkungan 16 hingga 46 tahun diberkas di beberapa tempat selepas seorang peniaga membuat aduan polis bahawa kedainya di Taman Seri Tambun, Jalan Padang Behor di sini dipecah masuk pada 10 Feb lepas.

Dalam aduan, peniaga itu memberitahu polis, dia mendapati pintu bahagian belakang telah dikopak apabila membuka kedai kira-kira pukul 9.15 pagi 11 Feb.


Menurut Md Zukir peniaga itu memeriksa kedainya dan mendapati 21 unit telefon bimbit, tablet dan 16 buah komputer riba bernilai kira-kira RM16,000 telah hilang.

Katanya Pasukan Petugas Khas Jenayah Polis Perlis yang menyiasat kes itu berjaya menahan dua lelaki dan seorang wanita berasal dari Kodiang, Kedah, pada 25 Feb lepas.

“Tangkapan ini membawa kepada penangkapan tujuh lagi lelaki serta barang-barang kes termasuk sebuah kereta Perodua Viva di Kodiang dan Alor Setar.

Mereka ditahan reman sehingga 16 Mac ini bagi membantu siasatan,” kata Md Zukir. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori