Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Hafeez Mikail, Daiyan Trisha...

SEJAK kebelakangan ini, pelakon drama Hati Perempuan iaitu Hafeez Mikail sering kali memuat...

Risau Dinding Flat Loke...

KUALA LUMPUR - Setiap kali hujan, penduduk di 1,200 unit perumahan awam (PA)...

Perodua Sasar Jualan 209,000...

KUALA LUMPUR - Pengeluar kereta tempatan, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) menjangka...

KFA Mohon Tangguh Latihan...

ALOR SETAR - Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) akan menghantar surat kepada Ketua...

44 Orang Cedera Bas Kilang Rempuh Jejantas

GEORGETOWN – Sebuah bas yang membawa 43 pekerja kilang cedera selepas bas berkenaan merempuh jejambat dalam kemalangan di hadapan sebuah kilang di Bayan Lepas, di sini.

Kejadian berlaku kira-kira jam 5.45 pagi tadi ketika bas berkenaan dipercayai dalam perjalanan menghantar pekerja ke sebuah kilang berdekatan.

Penolong Kanan Penguasa Bomba dan Penyelamat Balai Bomba Bayan Baru, Rohizad Yusoff, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 5.58 pagi dan tiba di lokasi kejadian pada jam 6.10 pagi.

Beliau berkata, bas berkenaan dipercayai terbabas dan melanggar jejambat menyebabkan keseluruhan bumbung bas tercabut manakala pemandunya tersepit.


“Kesemua mangsa berjaya dikeluarkan dan mangsa kemudian dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP), di sini, untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut,” katanya.

Punca kejadian masih lagi disiasat. – BH Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori