Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Syiah Jadi Mazhab Islam...

PERTEMUAN wakil-wakil agama dengan penasihat kerajaan baru-baru ini telah menimbulkan kembali isu Syiah...

Akta Hasutan 1948 Akan...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Akta Hasutan 1948 tidak...

IKHLAS Gesa Keadilan Kepada...

PUTRAJAYA - Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) hari ini menyerahkan...

LPNM Anjur Fiesta Nanas...

JOHOR BAHRU - Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) akan menganjurkan Fiesta Nanas 60...

5 Pendatang Syria Maut Tragedi Bot Di Turki

ISTANBUL – Lima pendatang dari Syria ditemui mati selepas bot mereka karam ketika dalam pelayaran dari Turki ke perairan Eropah, kata laporan.

Agensi berita rasmi Anatolia berkata, lapan pendatang berjaya diselamatkan dari bot berkenaan yang membawa 15 orang dari Syria dan Iraq.

Usaha mencari dan menyelamat diteruskan bagi mengesan mangsa yang masih hilang.

Pendatang terbabit berusaha untuk sampai ke Pulau Kos, Greece selepas memulakan pelayaran dari pusat peranginan Bodrum tetapi bot mereka mengalami kerosakan dan pengawal pantai dikerah susulan mendapat maklumat.

Pendatang yang mati adalah warga Syria.

Sementara itu, dalam kejadian bersaingan di wilayah Mugla, pantai Aegean, seramai 47 pendatang berjaya diselamatkan oleh pengawal pantai dari sebuah lagi bot yang turut menuju Pulau Kos.


Turki yang sudah memberi perlindungan kepada 1.7 juta pendatang akibat perang saudara di Syria, menjadi lokasi transit utama bagi pendatang yang ingin mencari kehidupan lebih baik di Eropah.

Kebanyakannya membayar penyeludup manusia beribu-ribu dolar untuk pergi ke negara Eropah dengan bot kecil tetapi pelayaran biasanya berdepan masalah.

Sementara itu, 37 pendatang dipercayai ramai dari Afghan, mati pada November lalu apabila bot yang sesak karam di Laut Mati dekat Istanbul.

Penyeludup juga menggunakan kapal kargo besar untuk membawa pendatang tanpa izin ke Eropah.

Pengawal pantai Turki melepaskan tembakan ke arah kapal kargo yang membawa 337 pendatang Syria di Selat Dardanelles, minggu lalu. – AFP

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori