Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

TMJ Penaung Persatuan Pemain...

KUALA LUMPUR - Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan memenuhi...

Shisha Diharam Di Singapura...

SINGAPURA - Singapura mengharamkan pengedaran dan penjualan shisha berkuat kuasa esok, demikian diumumkan...

Sasaran Nilai Eksport Koko...

PUTRAJAYA : Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi menyasarkan nilai eksport koko kira-kira RM14...

Amaran Jakim: Denda RM5...

TEGAS... Mana-mana organisasi atau entiti perniagaan yang didapati cuba kelirukan pengguna Islam dengan...

58% Banduan Di Penjara Sabah Warga Asing

TAWAU – Sejumlah 58 peratus daripada 6,500 tahanan dan banduan yang sedang menjalani hukuman atas pelbagai kesalahan di enam penjara di seluruh Sabah adalah warga asing, kata Pengarah Jabatan Penjara Sabah Ab Basir Mohamad.

Beliau berkata daripada komposisi tahanan dan banduan warga asing itu, sebanyak 78 peratus adalah warga Filipina, 17 peratus Indonesia dan lima peratus lagi dari lain-lain negara.

“Lebih kurang 40 peratus tahanan dan banduan dari Filipina itu menjalani hukuman atas kesalahan dadah manakala kebanyakan Warga Indonesia yang ditahan pula disebabkan kesalahan Imigresen,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Penjara Ke-225 Peringkat Institusi Penjara Tawau, di sini hari ini.

Ab Basir berkata penjara di Sabah kini menampung jumlah tahanan dan banduan melebihi kapasiti sedia ada iaitu 5,500.

“Sekarang ini, penjara Sabah sudah mempunyai lebihan kapasiti sedia ada sebanyak 35 peratus. Oleh itu kami mengambil beberapa pendekatan untuk mengatasi masalah ini.

“Bagi mengurangkan kesesakan di penjara, baru-baru ini kami melaksanakan pemindahan 200 banduan warga Indonesia ke penjara di Sarawak dan program pemindahan ini akan terus dilaksanakan di masa-masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata, selain itu pihaknya sering memindahkan banduan dari penjara Kota Kinabalu ke Labuan kerana kapasiti penjara di situ masih boleh menerima banduan.


Terdahulu ketika berucap pada majlis itu, Ab Basir menyeru agar semua warga kerja di penjara Tawau terus bekerjasama dan dapat menjalankan tanggungjawab serta amanah dengan baik, sekali gus menjadi contoh kepada tahanan dan banduan di penjara tersebut.

Pada masa sama, beliau menasihatkan semua anggota dan pegawai penjara agar tidak sewenang-wenangnya menyebarkan sagala maklumat jabatan kepada umum melalui media sosial.

“Dengan kemajuan teknologi masa kini kita boleh menyebarkan apa sahaja maklumat sama ada melalui Facebook, WhatsApp dan sebagainya.

“Oleh itu saya menegaskan supaya semua pegawai dan anggota jangan sesekali menyebarkan maklumat yang tidak sepatutnya kepada umum, kerana ia adalah kesalahan yang boleh dikenakan tindakan undang-undang,” katanya.

Pada majlis itu, 77 anggota dan pegawai dari penjara Tawau menerima pingat Perkhidmatan Setia dan Pingat Perkhidmatan Am. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori