Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Dua Kakitangan Kedutaan Serbia...

BELGRADE - Dua pekerja kedutaan Serbia dilaporkan diculik di pantai Sabratha di Libya...

Hanyut ‘Dimamah’ Jambatan Di...

NEW DELHI - Sepasang suami isteri bersama anak kecil mereka terbunuh apabila jambatan...

Zarul Lepaskan Kerjaya Pramugara...

MESKIPUN adakalanya rindu kerjaya pramugara yang telah diceburinya selama 17 tahun, namun Zarul...

Petani Perlis Terima Bantuan...

ARAU - Bagi meringankan beban 194 petani di Perlis yang kerugian setelah tanaman...

7 Tapak Binaan Positif Denggi Di Pulau Pinang Diarah Tutup

GEORGETOWN – Tujuh tapak pembinaan yang didapati menjadi sarang pembiakan nyamuk Aedes di negeri ini telah diarah tutup, kata Exco kerajaan negeri.

Arahan penutupan itu berkuat kuasa 14 hari dan pemaju atau kontraktor terlibat perlu mengemukakan bukti bahawa kerja pembersihan telah dilakukan sebelum dibenar beroperasi semula.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan negeri Dr Afif Bahardin berkata tapak pembinaan itu ialah tiga di Daerah Barat Daya, dua di Seberang Perai Tengah dan masing-masing satu di Seberang Perai Utara dan Timur Laut.

“Syarat penutupan ialah apabila terdapat lebih daripada tiga pembiakan nyamuk dengan kompaun maksimum RM500 bagi setiap kesalahan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Operasi Membasmi Nyamuk Aedes di Tanjung Tokong di sini hari ini.

Beliau berkata sebanyak 109 daripada 237 tapak binaan telah diperiksa setakat 7 Mac di seluruh negeri dengan kekerapan hampir setiap hari dan dalam tempoh itu Jabatan Kesihatan negeri mengeluarkan 13 kompaun.

Dr Afif turut menggesa pasukan khas kawalan penyakit dan keselamatan yang dilantik syarikat pembinaan supaya menghantar laporan aktiviti setiap bulan kepada pihak berkuasa tempatan untuk memudahkan pemantauan.


Dalam pada itu beliau berkata Pulau Pinang mencatat peningkatan sebanyak 201.23 peratus kes denggi dengan 1,229 kes direkod sejak Januari hingga 7 Mac berbanding 408 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

Beliau berkata terdapat 15 lokaliti wabak terkawal dikenal pasti iaitu enam di Daerah Barat Daya, Daerah Timur Laut (lima), Seberang Perai Tengah (tiga) dan satu di Seberang Perai Utara.

“Terdapat satu lokasi panas di Jalan Batas Ban, Seberang Perai Selatan dengan 17 kes dilapor dalam seminggu iaitu dari 1 hingga 7 Mac dan satu lokaliti wabak tidak terkawal di Perkampungan Valdor di daerah sama dengan 28 kes direkod bagi tempoh itu,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori