Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Peniaga Dituduh Cuba Rasuah...

KOTA BHARU – Seorang peniaga dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Bharu di sini,...

Video: Wanita Gaduh Di...

SAINGAN sengit dunia perniagaan pada hari ini, membuatkan strategi pemasaran terbaik diperlukan untuk...

Lelaki Hina Agong Di...

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan polis berhubung satu hantaran...

Sebahagian Jalan Travers Dinamakan...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan nama jalan...

768 Francaisor Berdaftar Sehingga Kini Dengan KPDNKK

KUALA LUMPUR – Sehingga kini terdapat 768 francaisor berdaftar dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) yang melibatkan 7,525 francaisi, kata menterinya Datuk Seri Hasan Malek.

Beliau berkata sebanyak 58 jenama francais tempatan pula berjaya menembusi pasaran antarabangsa antaranya Smart Reader, Bangi Kopitiam, Nelson, Q-Dees, MarryBrown dan Pusat Tuisyen Mawar.

“Pertambahan itu menunjukkan perkembangan positif namun ia perlu seiring dengan latihan dan pembangunan modal insan agar dapat membentuk perindustrian yang berdaya saing,” katanya.

Justeru itu, katanya, Perbadanan Nasional Berhad (PNS) menerusi akademinya kini giat mengadakan latihan keusahawanan menerusi 45 modul keusahawanan bagi meningkatkan modal insan.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis perasmian Menara Perbadanan Nasional Berhad (PNS) dan Program Sidang Kemuncak Antarabangsa Francais 2015 di sini, hari ini yang disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.


Menara PNS setinggi 17 tingkat itu merupakan bangunan bertaraf Koridor Raya Multimedia (MSC) dan berstatus Bangunan Hijau.

Terletak di Bangsar South Jalan Kerinci, menara berkenaan turut dilengkapi auditorium yang dinamakan sempena nama ibu Najib, Tun Rahah.

Sebelum ini, PNS beroperasi selama 14 tahun di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sebelum berpindah ke Menara PNS pada 2012.- BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori