Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

OKU Miliki Lesen Memandu...

KUALA LUMPUR - Dasar semasa tidak menghalang orang kurang upaya (OKU) dari kategori...

Bayi Maut Dilanggar Kereta...

GUA MUSANG - Seorang bayi perempuan berusia satu tahun lima bulan maut selepas...

UMNO Gesa Siasatan Kes...

PUTRAJAYA - UMNO menggesa siasatan kes kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim...

Aktifkan Aktiviti Kerjasama Dua...

KANGAR - Program dan aktiviti kerjasama antara Bekas Ahli 4B Alumni dan generasi...

Adakah Menteri Akan Salahkan Peniaga Cina Lagi? – Guan Eng

KUALA LUMPUR – “Adakah Ismail Sabri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) akan menyalahkan peniaga Cina sekali lagi disebabkan kenaikan harga petrol kali ini,” kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang mempersoalkan sama Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu akan menyalahkan peniaga Cina lagi jika tidak mengurangkan harga barangan.

“Sekali lagi kegagalan MCA atau Gerakan menuntut Ismail Sabri memohon maaf menunjukkan ketandusan idea dan prinsip tentang bagaimana untuk menguruskan ekonomi,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek semalam mengumumkan harga runcit baharu bagi petrol RON95 ditetapkan RM1.95 seliter, RON97 RM2.25 seliter dan diesel RM1.95 seliter berkuat kuasa hari ini.


Hasan dipetik berkata harga itu ditetapkan berdasarkan kepada purata harga kos produk sepanjang Februari 2015 dan kadar pertukaran mata wang.

Ismail Sabri pada awal bulan lalu meminta rakyat menggunakanhak mereka sebagai pengguna bagi menekan peniaga termasuk peniaga Cina yang masih mengaut keuntungan berlebihan pada waktu harga petrol dan diesel turun bulan lalu.

– MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori