Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Sultan Johor Tidak Adakan...

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar menzahirkan dukacita kerana...

VIDEO: Zalim!! Lelaki Dirakam...

Apa kena dengan manusia zaman sekarang?Ramai dah hilang sifat kemanusiaan sampai tergamak mendera...

Wanita Dedah Ovari Rosak...

SESAL dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.. itulah yang ingin disampaikan oleh seorang...

“Anak-Anak Pak Ishak, Tolonglah...

RUNDINGAN pagi ini kerana masih ada ahli keluarga yang enggan keluar. Pelbagai drama...

Adakah Smart Phone Menjadikan Anak Kita Sakit Mental?

Berang iPhone miliknya dirampas, seorang kanak-kanak perempuan dari Amerika Syarikat telah melakukan yang tidak masuk dek akal: cubaan membunuh ibu kandungnya sendiri dengan meletakkan peluntur di dalam air minuman wanita tersebut.

Inilah salah satu contoh bahana kebergantungan melampau kanak-kanak terhadap telefon pintar.

Keadaan ini telah menjadi satu epidemik yang kian menular abad ini, sehinggakan ada yang terpaksa berjumpa dengan pakar sakit jiwa untuk ‘menyembuhkan’ diri mereka daripada ketagihan itu.

Menurut pakar psikologi kanak-kanak dari UK, Judy Lynn Evans, pendedahan kerap terhadap peranti elektronik seperti tablet and telefon pintar boleh mengakibatkan kecelaruan mental, kemurungan dan stress kepada kanak-kanak.

“Saya perhatikan dua senario berlawanan daripada yang dialami saya sendiri di kawasan kejiranan saya dengan di tempat kerja, di mana kedua-duanya mempunya tahap pendedahan terhadap Internet yang berbeza.

“Boleh dirumuskan bahawa kanak-kanak yang aktif online sebenarnya lebih kurang perhatian daripada mereka yang jarang menggunakan Internet,” kata Evans yang sudah berpengalaman lebih 25 tahun.

“Telefon pintar melumpuhkan interaksi antara dua kanak-kanak, seorang anak dengan ibu atau bapanya, atau dua individu dewasa.

“Malah lebih parah lagi apabila kanak-kanak yang kerap menggunakan Internet juga lebih berkemungkinan tinggi untuk menjadi mangsa pembulian siber, sekaligus meningkatkan potensi untuk mengalami tekanan perasaan.”

Menurut Evans, kes cubaan membunuh diri dalam kalangan kanak-kanak dan remaja semakin meningkat sejak kebelakangan ini, sehinggakan dalam tempoh masa sebulan sahaja dia menerima empat klien yang mengalami masalah yang sama.

Bilangan pesakit yang menerima rawatan hospital akibat mencederakan diri sendiri meningkat, dengan 70% daripadanya merupakan remaja. Bahkan, kemasukan kecemasa ke dalam wad psikiatrik kanak-kanak juga menunjukkan peningkatan dua kali ganda sejak empat tahun lalu.

“Melihat kepada bukti bilangan kanak-kanak dan remaja yang mengalami tekanan perasaan, anoreksia dan mengelar anggota badan sendiri, jelas sekali ada ‘sesuatu’ yang sedang berlaku.


“Dan hampir kesemua kes pasti berhubung kait dengan penggunaan komputer, Internet dan telefon pintar,” jelas Evans.

Internet yang disifatkan sebagai laluan pintas untuk mendapatkan informasi turut menjadi salah satu punca kanak-kanak semakin tertekan. Ini kerana, tiada kawalan atau pemantauan yang dilakukan untuk menyekat kadar informasi yang didedahkan kepada mereka.

Selain menjadi akses mudah untuk mengetahui perkara baru, kanak-kanak dan remaja juga terdedah dengan laman web lucah, yang secara tidak langsung akan memperkenalkan mereka kepada gejala pedofilia dan seks bebas.

“Terdapat beberapa pesakit saya yang mengalami kemurungan setelah menyaksikan lelaki dewasa beronani menerusi webcam komputer mereka. Pada tanggapan mereka,’inilah seks sebenarnya’, dan itu menjadikan mereka sangat tertekan. Rata-rata daripada pesakit ini berusia dalam lingkungan 12 tahun.”

Bagi mengatasi masalah ini, Evans mengesyorkan agar ibu bapa memantau dan mengawal anak-anak daripada menggunakan telefon pintar, sebaik-baiknya sehingga mereka berusia 14 tahun.

“Saya rasa kanak-kanak sepatutnya diberikan ruang persendirian mereka seperti bilik sendiri dan menyimpan diari, dan saya rasa mereka juga perlukan Internet, namun hanya apabila mereka sudah buktikan mereka dalam keadaan selamat dan boleh dipercayai.

“Pantau data carian (search history) dan media sosial mereka, selalu bertanyakan tentang perkembangan mereka,” saran Evans.

Selain itu, ibu bapa juga boleh bekerjasama dengan pihak sekolah ubagi mengawal dan memastikan kanak-kanak dan golongan remaja tidak terlalu obses melayari alam maya.

“Pendedahan Internet yang melampau melemahkan otak anak-anak kita: mereka tidak dapat merasai erti penerimaan masyarakat,perbualan secara verbal, alam semulajadi, didikan dan kasih sayang.

“Mereka perlu beri lebih perhatian untuk mengeratkan hubungan sesama manusia seusia mereka, dan bukan melalui Internet,” kata Evans mengakhiri perbualan.-MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori