Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Bajet 2016: Cuepacs Mahu...

KUALA LUMPUR - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berharap kerajaan...

Terbongkar Portal Sensasi Memang...

ALKISAH selama ini portal propembangkang sering dijadikan rujukan utama pembaca antikerajaan kononnya media...

Remaja Perempuan 17 Tahun...

BESUT - Dua suspek termasuk seorang remaja perempuan berusia 17 tahun ditahan polis...

Tidak Perlu Farmasi Rahmah,...

KUALA LUMPUR : Tiada keperluan untuk melaksanakan 'Farmasi Rahmah' seperti yang dicadangkan oleh...

Adoi… Nak Kelentong Peniaga Online, Pembeli Edit Resit Bank

Zaman kini, sesetengah individu menggunakan pelbagai helah dan taktik untuk menipu bagi meraih apa yang dihajati. Senang cakap, golongan ini merupakan kategori manusia yang nak hidup senang atas kesusahan pihak lain.

Oleh kerana itu, kes-kes scam acapkali menjadi paparan di media dan menyaksikan mangsa berputih mata apabila ratusan malah ribuan ringgit lesap.

[BERKAITAN: Peniaga Online Bakhil, Tak Mahu Pulang Baki Wang Pelanggan]

Tapi dalam kes ini, si penipu nampaknya masih amatur dan gagal mengaburi mata mangsanya apabila helah yang dibuat mudah dihidu dan akhirnya terpaksa mengaku salah. Adoi… malunya.

Ceritanya, si penipu itu ingin membeli satu barang dari seorang peniaga online dan seperti kelazimannya, syarat yang dikenakan adalah si pembeli harus memasukkan jumlah wang ke dalam akaun si penjual sebelum barang tersebut dihantar.

11041713_10152913673014998_2818675649550565321_n (1)

Namun yang ‘bijaknya’, si pembeli itu menggunakan taktik menyunting resit dari Maybank bagi meyakinkan si peniaga kononnya dia telah memasukkan jumlah wang tersebut.

Namun sayangnya, dia gagal untuk kelentong si pembeli apabila melakukan beberapa kesilapan asas. Nak tahu apa?

Pertama, si penipu itu salah membuat pengiraan apabila jumlah wang dimasukkan iaitu sebanyak RM120, tidak selari dengan bilangan kepingan wang yang tertera apabila dia kononnya telah mendepositkan 2 keping wang RM100, menjadikan keseluruhan jumlah RM200.

Confirm masa sekolah dulu asyik gagal subjek matematik je…

Selain itu, cara suntingan yang tidak kemas pada resit tersebut menyebabkan penipuannya mudah dikesan. Tapi si penipu itu cuba memanipulasikannya dengan menggunakan alasan resit terkena air. Alahai dik, tak cukup kuat la alasan tu.


11050159_10152913673009998_7552418359959638613_n (1)

Satu lagi, si penipu terlepas pandang untuk edit tarikh resit itu dicetak apabila ia tertera tahun 2011. Alahai, rasa simpati pula dengan si penipu itu.

Alamatnya, penipuan individu tersebut terbongkar, dan akhirnya dia mengaku berbohong. Tapi tak berputus asa, dia bagi pula alasan tempatnya jauh dari Maybank untuk melakukan transaksi wang.

Mungkin nak menipu sekali lagi, individu itu meminta pula akaun CIMB Bank dari peniaga online bagi membolehkannya menghantar wang tersebut. Tak berputus asa pulak dia…

Macam-macam betul kerenah manusia zaman kini. Yang pastinya, tak kiralah sama ada peniaga online mahupun pengguna, masing-masing haruslah berhati-hati dengan helah segelintir individu yang tak bertanggungjawab ini.

Nasihat buat si penipu itu, masuklah balik kelas matematik untuk belajar asas pengiraan, ya!

– MYNEWSHUB.CC

Video Amatur – Raja Bomoh Kaki Penipu

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori