Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Cameron Beri Kata Dua...

LONDON - Perdana Menteri United Kingdom (UK), David Cameron semalam memberi amaran kepada...

Tentera Pantau Negeri Pantai...

KOTA BHARU - Briged Kelapan Infantri sedang memberi tumpuan kepada perkembangan semasa keadaan...

Isu Udang Galah Murah...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum isu yang tular di...

Kerajaan Populis Rendahkan Tahap...

KERAJAAN yang mentadbir negara diberikan amanah untuk menjaga kepentingan rakyat yang hidup dalam...

Agong Gesa Rakyat Waspada Propaganda Kumpulan Militan

KUALA LUMPUR – Yang di-pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah meminta rakyat berwaspada dengan propaganda kumpulan militan agar tidak terpedaya menyalahgunakan konsep jihad atas nama Islam.

Seri Paduka bertitah mereka perlu sentiasa mengawasi anggota keluarga masing-masing serta bersama-sama menghayati ajaran Islam sebenar.

“Beta menyambut baik usaha berterusan untuk memperkukuh kawalan keselamatan dan ketenteraman awam khususnya menangani ancaman pengganas di Sabah dan membendung penularan fahaman ekstrem dalam kalangan rakyat seperti militan Islamic State (IS).

“Lanjutan daripada pembentangan Kertas Putih berhubung ancaman militan, kerajaan juga bercadang mewujudkan undang-undang berhubung antikeganasan,” titah Seri Paduka ketika merasmikan mesyuarat pertama penggal ketiga Parlimen Ke-13 di sini Isnin.

Seri Paduka turut menggesa semua anggota Parlimen menjadikan mesyuarat Parlimen ini sebagai waktu terbaik untuk membuka lembaran baharu dengan niat dan tekad yang positif setelah negara mengharungi pelbagai cabaran serta dugaan sepanjang 2014.

Sepanjang tahun lepas, negara diuji dengan beberapa peristiwa yang tidak diduga seperti tragedi melibatkan pesawat MH370 dan MH17 milik Malaysia Airlines serta bencana banjir besar luar biasa di beberapa negeri.


“Beta dan Raja Permaisuri Agong sama berduka dan berdoa supaya anggota keluarga mangsa tragedi pesawat tersebut mendapat ketenangan dan memperoleh penyelesaian terbaik,” titah Seri Paduka.

Seri Paduka berdua juga berdoa supaya mangsa banjir tabah menghadapi ujian.

“Beta berharap segala ujian yang ditempuhi lebih menguatkan Malaysia sebagai satu negara bangsa yang berdaulat demi masa depan yang lebih sejahtera,” titah Yang di-Pertuan Agong.

Tuanku Abdul Halim berharap proses bantuan dan pemulihan semula infrastruktur di kawasan terlibat banjir dapat dilaksana dengan segera termasuk pembinaan rumah kekal dan pembaikan rumah yang rosak teruk akibat musibah itu.

– BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori