Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Che Ta Hadiahkan Zain...

TANGGAL 23 Februari lalu, genaplah sudah usia pelakon Zain Saidin mencecah 33 tahun. Seperti...

DAP Buat Rumah Terbuka...

NIBONG TEBAL - Kepimpinan tertinggi DAP dilihat semakin terdesak apabila menjadikan Majlis Rumah...

Awas, Jangan Campur Susu...

NIKMATNYA rasa bila dapat 'pekena' teh tarik, teh ais, kopi ais dan sebut sahajalah...

RAYANI – DCA Hantar...

PUTRAJAYA - Jabatan Penerbangan Awam (DCA) akan menghantar notis penggantungan operasi sementara kepada...

Agong Kurnia Darjah Utama Seri Mahkota Negara Kepada Sultan Johor

JOHOR BAHARU – Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah berkenan mengurniakan darjah kebesaran, Darjah Utama Seri Mahkota Negara (DMN) kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang mewakili Seri Paduka, telah menyampaikan pengurniaan darjah kebesaran itu kepada Sultan Ibrahim dalam satu majlis ringkas di Istana Bukit Serene di sini.

Majlis penyampaian darjah kebesaran itu turut disaksikan oleh Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Sultan Ibrahim dan Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim.

Antara pegawai kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri yang turut hadir ialah Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Darjah kebesaran itu dikurniakan kepada Sultan atau Raja yang memerintah negeri. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori