Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Tiada Unsur Jenayah Pelajar...

KUANTAN - Polis mengesahkan tiada unsur jenayah atau kecuaian dalam kematian seorang pelajar...

Polis Langgar Larangan Merokok...

JOHOR BAHRU - Polis akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap seorang anggotanya yang melanggar...

10 GRO Warga Asing...

GEORGE TOWN - Sepuluh wanita warga asing dipercayai pelayan pelanggan (GRO) serta tujuh...

Nasrudin Terus Pertikai Isu...

PETALING JAYA - Ahli Jawatankuasa PAS pusat, Nasrudin Hassan Tantawi sekali lagi mempertaikaikan...

Protes Anwar, MP Pembangkang Pakai Serba Hitam Ke Parlimen

KUALA LUMPUR – Sekumpulan Ahli Parlimen pakatan pembangkang dilihat berpakaian serba hitam semasa hadir pada persidangan Dewan Rakyat Penggal Ketiga Parlimen Ke-13 pada Isnin.

Tindakan tersebut dipercayai sebagai tanda protes terhadap keputusan Jabatan Penjara menolak permohonan pakatan pembangkang untuk membenarkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke Parlimen.

Anwar dipenjarakan di Penjara Sungai Buloh selepas didapati bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhairi Azlan pada 2008.

Antara Ahli Parlimen yang berpakaian serba hitam ialah Tian Chua (Batu), Tony Phua (DAP – Petaling Jaya Utara), Wong Chen (PKR- Kelana Jaya) , Khalid Samad (PAS – Shah Alam), Teresa Kok (DAP – Seputeh) dan N.Surendran (PKR – Padang Serai).

Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali pula dilihat memakai baju Melayu serba hitam.


Ketua Whip Parlimen PKR, Datuk Johari Abdul berkata keputusan berpakaian serba hitam hanyalah atas kehendak Ahli Parlimen pakatan pembangkang.

“Ia adalah pilihan Ahli Parlimen sendiri dan sebagai menunjukkan solidariti terhadap Anwar, ” katanya.

Dewan Rakyat akan bersidang selama sebulan bermula pada Isnin sehingga 9 April ini.

mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori