Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Jangan Undi Kerana Marah...

PONTIAN - Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr. Mahathir Mohamad mengingatkan pengundi pilihan...

Rahsia Warga Tertua Saudi...

RIYADH - Lelaki tertua Arab Saudi, Sheikh Ali Al-Alakmi meninggal pada usia 147...

Sekat Bawah Simen, Abang...

DISEBABKAN keberaniannya bersama dengan seorang rakan demi untuk menyelamatkan si comel yang tersekat...

Jangan Sertai Perhimpunan Haram...

KUALA LUMPUR - Polis memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak menyertai perhimpunan...

Ahli PAS Lebih Sayang Presiden Parti Lain Dikecam

KUALA LUMPUR – “Aneh jika ada ahli PAS lebih menyayangi Presiden parti lain daripada Presiden PAS,” kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Menurut beliau, lebih aneh jika ada ahli PAS lebih tertarik kepada dasar parti lain daripada parti sendiri.

“Kalau terjadi begitu mungkin dia tersilap parti atau tidak hadir program tarbiyah parti,” sindirnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau dipercayai menyindir segelintir ahli PAS yang terlampau pro-Anwar hingga sanggup mengenepikan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Tuan Ibrahim berkata, ahli PAS perlu ingat mereka memilih bersama parti itu kerana dasar dan tujuan perjuangan PAS.

Dakwanya, hal itu yang membezakan PAS dengan parti yang lain kerana sentiasa berhadapan dengan pelbagai mehnah dan tribulasi.

Justeru, beliau meminta ahli PAS tidak mengkhianati perjuangan PAS tersebut kerana telah banyak pengorbanan dilakukan oleh parti itu.


“Terlalu banyak darah, airmata dan keringat yang tumpah. Terlalu banyak penderitaan ahli ditekan, ditindas semata-mata kerana menyokong PAS,” katanya.

Beliau bagaimanapun tetap berpandangan bahawa PAS tidak wajar meninggalkan pakatan rakyat.

Dawanya, perkara itu pernah dinyatakan sendiri oleh Majlis Syura dan Presiden PAS sebelum ini.

“Kalau kita sokong kenyataan Presiden dan Majlis Syura, maka kita mestilah memperkukuhkan pakatan rakyat,” dakwanya.

- MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori