Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Mahathir Jumpa Ketua Parti...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Interim, Tun Dr. Mahathir Mohamad meluangkan masa hampir sembilan jam...

Sokong Pemimpin Sedia Ada,...

KUALA LUMPUR - Anggota UMNO perlu mendukung kepimpinan sedia ada dan tidak mewujudkan...

Pemandu GrabCar Ditahan Disyaki...

KUALA LUMPUR - Polis menahan seorang pemandu GrabCar dipercayai merogol seorang wanita di...

Wanita Kahwini Selimut Sendiri,...

SEORANG wanita merancang untuk berkahwin dengan selimutnya kerana dia mendakwa ia adalah 'hubungan...

Ahli Perniagaan Ditetak 8 Lelaki Ketika Hadiri Majlis Birthday

GEORGE TOWN – Seorang ahli perniagaan cedera ditetak sekumpulan lelaki bersenjatakan parang ketika menghadiri majlis sambutan kelahiran anak rakannya di sebuah restoran di Tanjung Tokong, di sini Ahad malam.

Lelaki berusia 50-an yang menghadiri sambutan kelahiran anak rakannya yang berusia sebulan itu, diserang lapan lelaki ketika berada di khemah di hadapan restoran berkenaan bersama 15 tetamu lain.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata kejadian pada pukul 9.55 malam itu menyebabkan ahli perniagaan berkenaan luka di kepala, bahu kanan dan tangan kiri manakala beberapa tetamu yang berada di khemah itu sempat menyelamatkan diri.

“Melihat kejadian itu, pengawal peribadi mangsa yang turut berada di khemah itu melepaskan dua das tembakan amaran ke udara dan cuba mengejar lelaki yang menyerang majikannya tetapi tidak berjaya kerana mereka melarikan diri dengan motosikal,” katanya kepada pemberita di sini Isnin.

Beliau berkata pengawal peribadi berusia 33 tahun itu membuat laporan polis berhubung kejadian itu dan siasatan polis mendapati dia mempunyai lesen membawa senjata api.


Mior Faridalatrash berkata polis kini meneliti CCTV yang terdapat di restoran berkenaan.

Polis menemui dua bilah parang di tempat kejadian dan siasatan lanjut termasuk motif sebenar kejadian masih dijalankan, katanya, dan menambah, ahli perniagaan itu kini dirawat di Hospital Pulau Pinang.

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori