Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Remaja Iklan Jual Dara...

TERDESAK untuk mendapatkan duit, seorang remaja perempuan berusia 18 tahun telah menawarkan diri...

AirAsia Menang Anugerah Dunia...

PARIS - Kumpulan AirAsia sekali lagi dipilih sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik...

Sejak Popular, DJ Lin...

PENYAMPAI stesen radio Suria FM, Roslinda Abd Majid atau DJ Lin memberitahu populariti...

Shahril Ridza Ridzuan Dilantik...

KUALA LUMPUR - Khazanah Nasional Berhad umum pelantikan Datuk Shahril Ridza Ridzuan sebagai...

Ahmad Dhani, Arzetti Disebut Antara Calon Walikota

JAKARTA – Dua artis popular di Indonesia, Ahmad Dhani dan Arzetti Bilbina Setyawan, adalah nama yang disebut-sebut sebagai antara calon yang akan bertanding merebut jawatan Walikota Surabaya pada Pemilihan Kepala Daerah (Pilkada) 2015.

Akhbar Tempo melaporkan nama kedua-dua artis itu diusul oleh beberapa buah parti politik yang cuba meraih sokongan kalangan pengundi muda untuk mencabar penyandang Walikota Surabaya, Tri Risma Harini atau lebih dikenali sebagai Risma, pada Pilkada yang dijangka berlangsung pada September ini.

Pemilihan kedua-dua artis itu dianggap mampu menyaingi populariti Risma yang baru-baru ini terpilih sebagai walikota terbaik ketiga di dunia oleh The World Mayor Prize iaitu sebuah yayasan dunia yang menilai kepemimpinan bandar raya di seluruh dunia.

Ahmad Dhani atau nama sebenarnya Dhani Ahmad Prasetyo dicadang Partai Gerindra Surabaya manakala Arzetti pula dicadang Partai Kebangkitan Bangsa.

Jurucakap Partai Gerindra, Sutadi dipetik sebagai berkata Ahmad Dhani adalah seorang daripada beberapa tokoh yang dicalonkan parti itu.

Anak tempatan Surabaya berusia 42 tahun itu adalah seorang penyanyi, penulis lirik dan pemuzik rock yang terkenal dan lagu-lagunya terutamanya bersama kumpulan Dewa 19 turut popular di Malaysia.

Ketua Partai Kebangkitan Bangsa Kota Surabaya Samsul Arifin pula berkata Arzetti adalah antara tokoh yang didapati semakin popular untuk dicalonkan sebagai Walikota Surabaya.


Katanya parti itu sedang menilai sokongan pengundi tempatan terhadap Arzetti untuk mewakili parti berkenaan dalam Pilkada.

Arzetti, 38, adalah bekas peragawati terkenal di negara itu dan kemudiannya menceburi bidang lakonan filem, drama bersiri televisyen serta pengacara sebuah televisyen swasta selain aktif dalam politik.

Bagaimanapun usaha untuk menyaingi Risma, 54, bukanlah laluan mudah kerana wanita pertama yang menyandang jawatan itu sejak tahun 2010 itu disukai ramai kerana ketegasannya dan sering turun ke padang bagi menyelesaikan masalah rakyat.

Beliau yang baru saja menerima anugerah Ijazah Kedoktoran Kerhomat daripada sebuah institusi pengajian tinggi di Surabaya dijangka mempertahankan jawatan dan dicalon Partai Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P).

– BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori