Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Husam Dihadapkan Ke Jawatankuasa...

KUALA LUMPUR - Pemimpin PAS tetapi Pro-Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Husam Musa...

Adakah 4 Suspek Kes...

KUALA LUMPUR - Keputusan Mahkamah Koroner terhadap inkues kematian pegawai bomba, Muhammad Adib...

Bayi Perempuan Tiada Nyawa...

KUCHING – Seorang buruh, yang sedang mencari tin aluminium kosong di Taman Vista...

Hantar Anak, Isteri Ke...

GUA MUSANG - Seakan musim perayaan apabila ramai warga kota berpusu-pusu melalui jalan...

Ahmad Dhani belum Sedia Buat Keputusan

Jakarta – Tokoh muzik Ahmad Dhani Prasetyo mengaku belum membuat keputusan menerima atau menolak usul Parti Gerakan Indonesia Raya (Gerindra) untuk menjadi Datuk Bandar Surabaya dalam pilihan raya daerah pada Disember depan.

Mengulas mengenai usul itu, Ahmad Dhani berkata, dia perlu mendapat restu sekurang-kurangnya tiga orang sebelum membuat keputusan iaitu daripada Pengerusi Gerindra, Prabowo Subianto, Pengerusi Parti Kebangkitan Bangsa (PKB), Muhaimin Iskandar dan Pengerusi Pertubuhan Nahdlatul Ulama (NU), Said Aqil Siroj.

Menurutnya, dia dihubungi Parti Gerindra Surabaya mengenai cadangan itu tetapi Prabowo, selaku pemimpin tertinggi parti berkenaan tidak pernah bercakap dengannya mengenai perkara itu. Begitu dengan Timbalan Ketua Dewan Gerindra yang juga adik Prabowo, Hashim Djojohadikusumo.

Ahmad Dhani berkata, dia juga perlu mendapat restu daripada Muhaimin memandangkan dia dikenali umum sebagai penyokong PKB.


“Tidak sesuai saya dicalonkan jika Cak Imin (Muhaimin) atau PKB sudah mempunyai calon lain. Jika saya tidak dicalonkan Cak Imin, saya akan menolak cadangan Gerindra Surabaya itu,” kata Dhani, kelmarin.

Pemuzik terkenal itu bagaimanapun berkata, dia selama ini tidak bercita-cita untuk menjadi Datuk Bandar Surabaya, bandar tempat dia dilahirkan, atau bandar lain.

“Jika ada parti atau pihak yang sungguh-sunguh mahukan saya bertanding, saya akan menimbangkannya. Syarat utama, mesti mendapat restu Prabowo Subianto, Muhaimin Iskandar dan Said Aqil Siroj,” katanya. – Agensi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori