Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Anggota Polis Miliki Hampir...

SIBU - Seorang daripada sembilan anggota polis yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

12 Kaki Judi Tempatan...

TELUK INTAN - Polis menahan 12 lelaki tempatan dipercayai terlibat dalam kegiatan judi...

Gambar: Majlis Resepsi Azwan...

SELEPAS melangsungkan majlis pernikahan dan persandingan di Pahang baru-baru ini, pasangan Azwan Kombos...

Misteri Punca Mata Remaja...

JEFFERSON - Mata seorang pelajar perempuan sekolah menengah berdarah sehingga menyebabkan doktor yang...

Ahmad Dhani, Model Calon Datuk Bandar Surabaya

Surabaya – Dewan Pimpinan Parti Gerindra menamakan pemuzik terkenal, Ahmad Dhani sebagai calon datuk bandar dalam Pemilihan Ketua Daerah Surabaya yang akan berlangsung Disember ini.

Menurut Ketua Gerindra Surabaya, B F Sutadi, nama Ahmad Dhani dicadangkan sekumpulan anak muda tempatan dan pimpinan parti itu sangat menghargainya.

“Walaupun Ahmad Dhani seorang artis, dia tetap memiliki ciri-ciri kepimpinan yang baik.

“Kami yakin dia mampu menjadi pemimpin seperti beberapa seniman lain, termasuk Rano Karno di Banten dan Dedy Mizwar di Jawa Barat,” katanya.


Menurut Sutadi, apabila tiba masa yang ditetapkan, nama Ahmad Dhani akan disenaraikan sebelum dipamerkan kepada orang ramai untuk mendapatkan maklum balas.

Sementara itu, Ketua Harian KONI Jawa Timur, Dhimam Abror Djuraid juga disebut sebagai calon dalam pemilihan berkenaan.

Sementara itu, Parti Kebangkitan Bangsa juga enggan mengalah apabila mencadangkan bintang filem dan model, Arzetti Bilbina sebagai calon mereka. – Agensi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori