Seperti pasangan bercinta yang lain, Aiman Hakim dan Fathia Latiff juga tidak dapat lari diasak dengan pelbagai persoalan mengenai perancangan hubungan mereka.
Tampil tanpa berselindung, Aiman Hakim mendedahkan mereka berdua masih belum lagi merancang untuk berkahwin pada waktu terdekat ekoran terikat dengan kontrak iklan.
Menurut Aiman, dia dan Fathia terikat dengan kontrak produk iklan yang memerlukan masing-masing berstatus solo dikekalkan dalam tempoh tertentu.
ĆĀ¢Ć¢āĀ¬Ć āKami tiada masalah lain kerana keluarga kami sudah kenal masing-masing cuma masalah jadual kerja yang padat dan masih dalam kontrak iklan.
“Saya ada kontrak dengan Garnier selama lima tahun dan Fathia pula terikat dengan produk kosmetik Avon. Bukan tidak boleh kahwin tetapi perlu beritahu awal-awal kerana mereka perlu tukar branding iklan tersebut,ĆĀ¢Ć¢āĀ¬ĆĀ katanya.
Pada masa yang sama, aktor kacak ini sempat momohon kepada para peminat agar mendoakan yang terbaik buat mereka. – ĆāĆĀ MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=hhPm4u2IzC0
Sumber: mStar Online