Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Politik Akan Stabil Jika...

TAHUN 2018 menyaksikan pelbagai peristiwa berlaku di dalam dan luar negara, khususnya Pilihan...

Bilangan Mangsa Banjir Di...

IPOH - Jumlah mangsa banjir di Perak meningkat kepada 506 orang daripada 145...

UMNO Tolak Usaha PH...

BANTAH... UMNO menolak sebarang usaha penjualan aset milik sayap pelaburan kerajaan iaitu Khazanah...

Sebenarnya.My Perluas Jangkauan Ke...

CYBERJAYA - Jangkauan portal pengesahan maklumat Sebenarnya.my akan diperluaskan di media sosial seperti...

AirAsia Akan Jual Pesawat Bernilai RM7.39 Bilion

KUALA LUMPUR – AirAsia Bhd akan menjual pesawat benilai US$2 bilion (RM7.39 bilion), kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tan Sri Tony Fernandes, hari ini.

“Pemilikan pesawat (selama ini sudah menguntungkan). Kami memiliki 150 pesawat yang akan dijual, bernilai sekurang-kurangnya US$2 bilion,” katanya menerusi Twitter.

Beliau mematahkan cakap-cakap bahawa syarikat penerbangan berkenaan akan mengumpul ekuiti.

“Ada cakap-cakap bahawa kami mahu mengumpul ekuiti. Salah sama sekali. Pada harga saham kami mengapa kami perlukan? Tambahan pula kami tidak perlukan tunai. Kami mempunyai tunai yang kukuh untuk mengurus operasi,” katanya.

AirAsia baru-baru ini mengumumkan pengurangan kepentingannya dalam syarikat perjalanan dalam talian, AAE Travel Pte Ltd (AAE), daripada 50 peratus kepada 25 peratus.

Ia menjual 25 peratus saham kepada Expedia Inc untuk sejumlah US$86.25 juta (kira-kira RM318.75 juta), memperoleh US$78.76 juta (RM291 juta) hasil daripada pelupusan itu.


Fernandes juga berkata harga saham AirAsia merupakan saham paling kurang nilai berbanding sebenar dalam kesemua syarikat penerbangan dunia yang matang.

Pada 10.04 pagi, harga saham AirAsia tidak berubah pada RM2.23.

– BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=zZncRMHLXJE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori