Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

‘Kerjakan Dia’ Papar Realiti...

SEBELUM ini stesen televisyen tempatan sering kali memaparkan program realiti berbentuk hiburan nyanyian...

Keldai Hidup Dicampak Dalam...

BEIJING - Video ngeri yang dimuat naik ke Internet menunjukkan saat sadis penjaga...

Malaysia Salur Bantuan RM1.5...

KUALA LUMPUR – Kerajaan telah menyalurkan bantuan RM1.5 juta bagi membantu mangsa gempa...

Alasan Tiada Anak, Deja...

PENYANYI bersuara lantang iaitu Deja Moss atau nama sebenarnya, Sharifah Hadijah Wan Moss...

Nafi Bercinta, Amar Rapat Dengan Amyra Kerana Ibunya

PELAKON Amar Baharin menjelaskan gosip yang mengatakan dirinya kini rapat dengan pelakon Amyra Rosli adalah disebabkan kerjaya seninya kini diuruskan oleh ibu aktres itu.

Menurut Amar, sebelum ini dia tidak pernah menggunakan khidmat pengurus namun demi jadual kerjayanya jadi lebih teratur dan profesional, dia menggunakan khidmat ibu Amyra, Noor Zaridah Ahmad untuk tujuan itu.

“Ini pertama kali kerjaya saya diuruskan oleh orang lain kerana sebelum ini saya agak susah nak percaya orang namun apabila berjumpa ibu Amyra iaitu Kak Noor, saya lihat dia mampu untuk menguruskan saya.

“Sejak awal 2015 ini memang dia yang uruskan dan ia adalah supaya kerjaya saya lebih teratur selepas ini,” katanya, memetik laporan mStar Online.

Dalam pada itu, Amar menafikan gosip dia sedang hangat bercinta dengan heroin gandingannya dalam Suamiku Encik Sotong itu sebaliknya mengatakan dia selesa berkawan dengan Amyra kerana sifatnya yang baik dan menghormati orang tua.


“Kami dikatakan bercinta sebab mereka lihat kami serasi dalam drama. Sebelum ini kami ada juga berlakon bersama tetapi tidak pula digosipkan kerana watak tersebut bukan pasangan kekasih,” ujarnya lagi.

Sementara itu, Amyra mengakui dirinya masih single dan available sejak putus tunang dengan pelakon Dazrin Kamaruddin tahun lalu.

– MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=BOBM348XtGU

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori