Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Beku Lesen Penjualan Arak...

KERAJAAN, PBT DISARAN BEKU LESEN PENJUALAN ARAK, WUJUD SOP KHAS DAN PERKETAT HUKUMAN MEMANDU MABUK

Bekalan Makanan Cukup Sepanjang...

SERDANG - Kerajaan memberi jaminan bekalan makanan termasuk hasil pertanian adalah mencukupi untuk...

Cinta Miley Cyrus, Liam...

MUNGKINKAH hubungan cinta penyanyi sensasi, Miley Cyrus dan bekas tunangnya, Liam Hemsworth bertaut...

Lebih 300 Rakyat China...

PUTRAJAYA - Lebih 300 rakyat China menjadikan Malaysia sebagai transit sebelum ke negara...

Ambil Tindakan Pada Portal Penipu Kes Hudud – KJ

KUALA LUMPUR — Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin hari ini menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan tegas terhadap sebuah portal berita yang dikata menyiarkan laporan palsu mengenai kenyataan Majlis Raja-Raja berhubung hudud.

Khairy menyifatkan laporan itu tidak bertanggungjawab dan biadap.

Semalam, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja membuat laporan polis bagi menafikan penyiaran sebarang kenyataan berhubung pendirian Majlis Raja-Raja dalam isu hudud.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad berkata laporan dibuat di Balai Polis Jalan Travers itu bagi menegaskan apa yang disiarkan dan diterbitkan adalah tidak benar dan bukan dikeluarkan oleh pejabat berkenaan.


Khairy berkata SKMM perlu segera mengambil tindakan tegas ke atas portal ini kerana ia menyentuh kredibiliti Majlis Raja-Raja yang menjadi simbol dan payung agama Islam di negara ini.

“Kegagalan SKMM membawa kes berkenaan ke mahkamah dikhuatiri akan menjejaskan nama baik Majlis Raja-Raja,” katanya. Beliau berkata walaupun Pemuda Umno menyokong penuh kebebasan media namun kebebasan itu perlu ada batas dan bukan mutlak. — BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori