Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

PM: Debat Terbuka Tidak...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan debat secara terbuka dan...

Agong Kecewa Dengan Politik...

SHAH ALAM - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah...

DBKL Pindah Depoh Simpanan...

KUALA LUMPUR - Depoh Simpanan Kenderaan Ditunda Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di...

Makkah Perubatan Terbaik Untuk...

MAKKAH - Lembaga Tabung Haji (TH) bersedia pada bila-bila masa untuk memberikan perkhidmatan...

AMK Bantah Ikat Jamin Peserta Protes GST RM3,000

KUALA LUMPUR – Angkatan Muda Keadilan (AMK) membantah keputusan mahkamah mengenakan ikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin ke atas 25 individu yang ditahan sewaktu protes cukai barangan dan perkhidmatan (GST) baru-baru ini.

Ketuanya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, ikat jamin bertujuan untuk menjamin kehadiran orang kena tuduh ke Mahkamah dan bukan bertujuan menghukum tertuduh sebelum didapati bersalah.

“Mahkamah sepatutnya menggunakan budi bicara yang di amanahkan kepadanya dengan penuh kebijaksanaan. Mereka yang ditahan bukan penjenayah berbahaya mahupun mempunyai rekod jenayah lampau yang harus diikat jamin begitu tinggi demi memastikan kehadiran mereka di Mahkamah.,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nik Nazmi mendakwa, jumlah ikat jamin itu memperkukuhkan persepsi rakyat undang-undang digunakan secara selektif terutama ke atas rakyat yang menentang usul kerajaan.

Justeru, dakwanya, Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan kesamaraatan di sisi undang-undang hanya butir-butir huruf yang cantik yang dibukukan namun tidak diterjemahkan.


“Mereka yang ditahan adalah individu yang hanya menggunakan hak bersuara mereka sepertimana yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan,” dakwanya.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Mohd. Nasaie Ismail pula mendakwa anggota polis dan kastam memberi layanan tidak baik kepada peserta protes GST itu kerana mendapat arahan daripada pihak atasan.

“Semacam ianya arahan pihak pemerintah. Kastam dan polis hanya manggsa digunakan menjadi perisai mereka,” dakwanya. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori