Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Video: Siti Pukau Penonton...

SEMALAM, program nyanyian peringkat global, International Supertar 2015 telah melabuhkan tirai dengan meriahnya...

Tiada Kehilangan Wang Bayaran...

PUTRAJAYA - Bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah hari...

JAIJ Akan Panggil Muhyiddin...

JOHOR BAHRU - Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) bakal memanggil Tan Sri Muhyiddin...

Malaysia Raih Perak Daripada...

KUALA LUMPUR - Malaysia rebah di gelanggang sendiri apabila tewas mudah 0-3 kepada...

Anak Perempuan Najib Nikah Khamis

PUTRAJAYA – Anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor, Nooryana Najwa, akan melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya Daniyar Kessikbayev, minggu ini.

Jurucakap dan wakil keluarga perdana menteri bagi majlis pertunangan dan pernikahan, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata majlis akad nikah akan berlangsung pada Khamis (19 Mac) di kediaman rasmi perdana menteri di Seri Perdana di sini.

Jamil Khir yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri menerusi satu kenyataan pada Rabu berkata upacara akad nikah akan disempurnakan sendiri oleh Najib.

Beliau berkata perdana menteri dan isteri bersama-sama keluarga Daniyar akan mengadakan majlis resepsi perkahwinan di Kuala Lumpur dan juga di Pekan, Pahang.

Antara tetamu kenamaan yang dijangka hadir ialah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah; Raja-Raja Melayu; Yang Dipertua Negeri; menteri-menteri besar; ketua-ketua menteri; menteri-menteri Kabinet; timbalan-timbalan menteri; pegawai kanan kerajaan; ahli-ahli politik; ahli-ahli korporat dan pemimpin masyarakat.


Selain itu beberapa pembesar dan pemimpin dari luar negara juga dijangka hadir.

Nooryana Najwa, 27, menamatkan pengajian di Georgetown University, Washington pada 2011 dan kini berkhidmat dengan sebuah syarikat “Venture Capital”.

Beliau mengenali Daniyar, 27, yang berasal dari Kazakhstan ketika masing-masing menuntut di Amerika Syarikat. - mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori