Wednesday, December 18, 2024

Creating liberating content

Dituduh Menipu, Siti Terlepas...

MUNGKIN ramai tidak tahu bahawa pelakon Siti Chubby pernah dituduh sebagai pencuri serta...

Jambatan Sementara Kampung Setelu...

GUA MUSANG - Berpuluh kenderaan terkandas kerana tidak dapat melalui jambatan sementara Kampung...

Doktor Rakam Gambar Selfie...

PUTRAJAYA - Anggota keluarga atau suami kepada pesakit wanita yang dirakam gambar oleh...

Muhyiddin Bergaul Mesra Dengan...

KUALA LUMPUR - Entah mengapa portal berita propembangkang dilihat berusaha untuk menyelamatkan bekas...

Anggota Polis Kelantan Mencukupi Kawal PRK Chempaka

PASIR PUTEH – Polis Kelantan tidak memerlukan bantuan anggota tambahan dari negeri lain untuk mengawal keselamatan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka 22 Mac ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata anggota di negeri ini sudah mencukupi bagi mengawal keadaan.

Beliau berkata dianggarkan antara 600 dan 1,000 anggota diperlukan bagi mengawal PRK berkenaan.

“Kita jangka PRK ini tidak menghadapi persaingan sengit dan jika berlaku kes di luar jangkaan, kita akan memohon bantuan dari pihak atasan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Polis Bersama Masyarakat Mencegah Jenayah di sini hari ini.

Hari pencalonan ditetap pada 10 Mac.


Kerusi itu kosong berikutan kematian penyandangnya yang juga bekas Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 12 Feb lepas.

Ketika berucap pada majlis itu, Mazlan berkata jenayah dalam kalangan remaja dan pelajar sekolah walaupun masih terkawal namun membimbangkan.

Beliau berkata dalam tempoh Januari hingga 3 Mac lepas, seramai 21 orang remaja iaitu 16 orang pelajar sekolah berumur 18 tahun ke bawah dan lima pelajar universiti ditahan kerana disyaki terlibat dengan kegiatan dadah.

Beliau berkata terdapat dalam kalangan remaja terbabit mengambil upah mengedar dadah dalam kalangan rakan mereka dengan memperoleh pendapatan antara RM500 dan RM1,000 sebulan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori