SAO PAULO – Kes demam denggi meningkat di sini dengan angka kematian kini mencatatkan 24 orang setakat ini, kata kementerian kesihatan.
Wabak itu menyerang Sao Paulo dan wilayah tenggara negara itu berikutan masalah kekurangan bekalan air selama berbulan-bulan.
“Kekurangan bekalan air menyebabkan orang ramai menyimpan stok di rumah di kebanyakan wilayah. Ini yang menyebabkan pembiakan nyamuk,” kata Menteri Kesihatan, Arthur Chioro.
Sebanyak 94,623 kes dilaporkan di seluruh Brazil sepanjang tempoh Januari dan Februari tahun ini berbanding 82,747 bagi tempoh yang sama tahun lalu. – AFP