Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

AirAsia Pertama Operasi Di...

SULUNG... AirAsia menjadi syarikat penerbangan yang pertama melakukan pendaratan sulung di lapangan terbang...

Xiomi Buka Kedai Di...

MOSCOW - Gergasi gajet pintar terbesar China, Xiaomi mula melebarkan sayap ke pasaran...

RoS Tidak Batal DAP...

PUTRAJAYA - Setelah sekian lama 'berdiam', Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) akhirnya mula bersuara...

Kejayaan Pertama Pemindahan Zakar...

Satu pembedahan atau pemindahan zakar  telah dilaporkan berjaya  dilaksanakan ke atas seorang lelaki...

Anwar Dibawa Ke Mahkamah Rayuan Syariah Esok

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengesahkan Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dibawa keluar daripada Penjara Sungai Buloh buat kali kedua esok untuk hadir ke Mahkamah Rayuan Syariah di sini.

PKR dalam satu kenyataan media memberitahu, Anwar dibawa ke mahkamah berkenaan berkenaan kes membatalkan kelayakan Peguam Syarie Zainul Rijal yang mewakili Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dalam kes qazaf terhadap Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

“Ketua Umum PKR akan hadir ke Mahkamah Rayuan Syariah Kuala Lumpur berkenaan kes membatalkan kelayakan Peguam Syarie Zainul Rijal yang mewakili Jamil Khir dalam kes qazaf terhadap Saiful Bukhari pada pukul 9 pagi,” kata kenyataan itu hari ini.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh dipanggil semula oleh mahkamah pada 17 Februari iaitu seminggu selepas beliau dihantar ke penjara untuk memberi keterangan dalam kes samannya terhadap Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman.


Ketua Pembangkang itu dihukum penjara terhadap sabitan tuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari yang merupakan bekas pembantunya.

- MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori