KETUA Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan telah dipindahkan ke hospital penjara Sungai Buloh atas faktor kesihatan.
Memetik laporan mStar Online, Timbalan Pengarah Jabatan Penjara Supri Hashim berkata, Anwar ditempatkan di hospital selepas diperiksa oleh doktor.
Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan tarikh dan sebab sebenar Anwar ditempatkan di hospital penjara.
“Ini berlaku sebelum dia dikunjungi oleh Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali pada 25 Februari lalu,” katanya dalam sidang media.
Mengulas lanjutan lawatan Menteri Besar Selangor itu, Supri berkata lawatan Azmin telah mengikut prosedur yang betul.
Jelasnya, pihak jabatan menerima permohonan menyatakan lawatan tersebut adalah berhubung peranan Anwar sebagai penasihat ekonomi Selangor.
Sebelum ini, keluarga dan peguam Anwar pernah menyuarakan kebimbangan mereka mengenai keadaan dalam sel penjara yang didakwa boleh memburukkan keadaan tulang belakang Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.
– MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=wDha8-U6YXk