JABATAN Penjara menolak permohonan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menghadiri sidang Parlimen yang bakal bermula Isnin depan.
Berita tersebut dilaporkan oleh portal Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) sebentar tadi.
Jika dirujuk pada surat dikeluarkan Jabatan Penjara, Anwar kini berada di bawah akta, peraturan dan prosedur penjara.
Menerusi portal sama, Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia diberitakan bakal mengeluarkan kenyataan berhubung perkara tersebut.
Hujung bulan lalu, keluarga Anwar telah membuat permohonan agar Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dibenarkan menghadiri sidang parlimen yang bermula 9 Mac depan atas kapasiti Ketua Pembangkang.
– MYNEWSHUB.CC