GAMBAR seekor kucing hitam kaku di jalanan selepas ditikam dengan pisau oleh individu tidak bertanggungjawab kini tersebar di laman sosial sekaligus mengundang kutukan masyarakat.
Apalah agaknya salah kucing tu sampai ada yang tergamak bertindak kejam terhadapnya yang tidak berupaya untuk melawan kudrat manusia.
Kalau pun rasa annoying dengan tindakan kucing itu yang mungkin mencuri makanan atau ikan, takkan tak tahu kot yang haiwan tak dikurniakan akal untuk berfikir yang mana baik dan sebaliknya.
Kita yang ada akal inilah sepatutnya bertindak dengan cara wajar dalam menangani sesuatu permasalahan kan?
Kepada pelaku perbuatan kejam ini ingatlah.. mungkin di dunia anda boleh terlepas tapi menjawablah nanti di akhirat kelak!
– MYNEWSHUB.CC