Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Emma Maembong Dikritik Tak...

NAMA pelakon, Emma Maembong menjadi bualan hangat apabila dia sekali lagi menjadi mangsa...

Tiada Tempoh Tepat Bila...

KUALA TERENGGANU - Tiada tempoh tepat dinyatakan dalam mana-mana dokumen mengenai peralihan kuasa...

GST Tidak Bebankan Rakyat...

SANDAKAN - Kerajaan tidak akan membebankan rakyat dalam melaksanakan Sistem Cukai Barangan dan...

JP Kelantan Tidak Lantik...

KUALA LUMPUR - Majlis Jaksa Pendamai (JP) Kelantan tidak pernah melantik mana-mana wakil...

APMM Tahan Enam Warga Asing Disyaki Bom Ikan

KOTA KINABALU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kota Kinabalu menahan dua bot yang tidak didaftarkan bersama enam awak-awak warga asing disyaki melakukan aktiviti bom ikan di perairan Pulau Sulug, petang Khamis lalu.

Pemangku Ketua Penguatkuasa Maritim Kota Kinabalu Komander Maritim Anoop Kumar Ranjit Rai berkata pemeriksaan terhadap dua bot terbabit mendapati pelbagai ikan dengan anggaran berat 600 kilogram yang dipercayai ditangkap dengan kaedah pengeboman.

“Bot peronda Penggalang 21 milik APMM sedang melakukan operasi di sekitar perairan Kota Kinabalu sehingga ke Usukan sebelum menerima maklumat awam pada kira-kira 3.40 petang Khamis mengenai aktiviti bom ikan di perairan itu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Anoop Kumar berkata enam lelaki yang ditahan itu berumur antara 20 hingga 50 tahun dan tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.


Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 26 Akta Perikanan 1985 yang memperuntukkan denda minimum RM20,000 setiap seorang atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Beliau juga berkata lelaki warga asing terbabit akan turut dirujuk kepada Jabatan Imigresen. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • APMM

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori