Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Malaysia Keluar Nota Bantahan,...

KUALA LUMPUR - Kementerian Luar akan mengeluarkan nota diplomatik kepada kerajaan China bagi...

Sebenarnya.My Perluas Jangkauan Ke...

CYBERJAYA - Jangkauan portal pengesahan maklumat Sebenarnya.my akan diperluaskan di media sosial seperti...

KJ Sudah Ada Bayangan...

KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengesahkan sudah mempunyai jumlah...

Malaysia Terpilih Sebagai Ahli...

Seperti yang dilaporkan Mynewshub petang tadi, Malaysia memenangi  satu daripada lima kerusi anggota...

Aset, Anggota APMM Akan Ditambah – Shahidan

LANGKAWI – Aset dan anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan ditambah dalam usaha untuk menangani masalah penyeludupan di kawasan perairan negara, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim.

Beliau berkata pembelian enam buah kapal telah dimasukkan dalam Bajet tahun ini tetapi proses tempahan aset itu akan mengambil masa sebelum memperolehnya.

“Kami menyedari bahawa anggota dan aset yang ada pada APMM sekarang sememangnya tidak mencukupi untuk menghadapi pelbagai masalah persempadanan dan penguatkuasaan di laut,” katanya kepada pemberita selepas melawat pameran APMM pada Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi 2015 (LIMA’15) di sini hari ini.

Beliau berkata setengah aset laut APMM sudah melebihi 50 tahun dan tidak sesuai lagi untuk beroperasi dan menurutnya baru-baru ini APMM melupuskan tujuh buah kapal yang berusia lebih 50 tahun.

Katanya APMM baru sahaja mendapat sebuah kapal yang dinamakan Kapal Maritim Perwira yang dihadiahkan Australia untuk membantu APMM menangani kegiatan penyeludupan manusia termasuk ke Australia.


Shahidan berkata APMM turut menjalin kerjasama dengan para nelayan bagi menyalurkan maklumat tentang pencerobohan di perairan negara.

Selain itu, katanya perancangan bagi penubuhan pasukan sukarelawan APMM untuk membantu rakyat sekiranya berlaku bencana alam juga sedang diteliti. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • APMM

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori