Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

11 Ekor Gajah Putih...

BANGKOK - Sebelas ekor gajah putih yang dibawa dari Ayutthaya memberi penghormatan terakhir...

Sembilan Aduan Berkaitan Aktiviti...

Kuala Lumpur : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengalu-alukan...

Lelaki Bawa Dadah Naik...

BALIK PULAU - Tindakan seorang lelaki warga asing untuk menyeludup bekalan dadah ke...

Serampang Dua Mata LHDNM Dan Kastam

Cyberjaya, 19 Ogos 2024 - Kerjasama erat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL)...

Aset ATM Seiring Perkembangan Semasa

PORT DICKSON – Pemodenan dan pembangunan aset serta kelengkapan tentera darat dilakukan seiring dengan perkembangan teknologi pertahanan semasa, kata Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.

Beliau berkata, tentera darat akan terus merancang perolehan aset dan sistem terkini agar kesiagaan yang dihajati dicapai atau dipelihara.

“Ini adalah usaha berterusan yang harus dilakukan mengikut parameter plan strategik ‘Army 2 10 plus 10’ dalam menggapai program pembangunan strategik 4 dimensi Angkatan Tentera Malaysia (4D MAF). Kita seharusnya bersama-sama menggembleng tenaga untuk meningkatkan iltizam bagi mewujudkan satu angkatan objektif.

“Dalam nada yang sama, dengan sokongan dan kepercayaan oleh kerajaan dan pucuk pimpinan Angkatan Tentera Malaysia kepada tentera darat, matlamat ini akan dicapai dan kita adalah teras utama dalam kerangka pertahanan daratan negara,” katanya pada perbarisan sempena Hari Tentera Darat ke-82 di padang kawad Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) di sini, hari ini.


Katanya dalam usaha berterusan menangani ancaman khususnya di timur Sabah, ketumbukan angkatan medan timur akan terus diperkukuhkan.

Raja Mohamed Affandi berkata, usaha-usaha meningkatkan pasukan petugas khas 450 yang sedia ada sebagai sebuah divisyen operasi sedang giat dirancang dan diperlengkap.

Katanya sebuah batalion infantri mekanis yang dilengkapkan dengan kenderaan perisai 8×8 Gempita juga akan ditempatkan sebagai elemen utama cegah rintang. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • ATM

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori