Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

BERSATU Gesa PM Segera...

KUALA LUMPUR : BERSATU mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob segera...

Kepingan Kaca Dibawa Lori...

SEREMBAN - Kepingan kaca yang dibawa sebuah lori treler jatuh atas jalan berhampiran...

Harith Iskander Mara Ke...

PELAWAK terkenal Harith Iskander melangkah setapak ke hadapan apabila namanya diumumkan layak ke...

Bom Mortar Dalam Bilik...

GEMPAR... Penghuni di Blok D, Perumahan Kastam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL), Kelana...

Ayda Jebat Masih Mengutamakan Bidang Nyanyian

Pelakon manis yang baru meningkat popular, Ayda Jebat masih lagi mengutamakan bidang nyanyian walaupun rezekinya kini lebih kepada bidang lakonan.

Menerusi lakonannya dalam drama Rindu Awak 200% yang mencetuskan fenomena baru-baru ini, dia ingin selaraskan bakat nyanyiannya dengan lakonan yang semakin melonjak naik itu.

DSC_2991 wm

 

DSC_2994 wm

Walaupun ditendang keluar dari rancangan realiti Akademi Fantasia satu ketika dahulu, itu tidak memutuskan semangat gadis kecil molek ini untuk terus berjuang dalam bidang nyanyian.

Rugi sekiranya bakat yang ada itu disia-siakan sebegitu, mungkin dalam bulan Mac ini Ayda akan fokus dalam menghasilkan lagu untuk dirinya.

Ayda atau lebih selesa menggelarkan dirinya sebagai ‘adik’ itu turut menegaskan bahawa dia mahu citarasanya ada dalam muzik yang dihasilkan dan kini masih mencari komposer yang sesuai untuk bekerjasama.


Ketika ditemui dalam promosi drama terbaru beliau iaitu ‘Isteri Separuh Masa’ yang akan disiarkan tidak lama lagi itu, Ayda turut menyatakan dia tidak mahu menyanyikan lagu yang tidak dapat memberikannya ‘feel’ ketika membuat persembahan nanti.

Justeru itu, pelakon utama drama terbaru ‘Suami Sebelah Rumah’ itu akan pastikan dia serta komposer yang akan bekerjasama dengannya dapat menghasilkan lagu yang betul-betul memberi makna kepadanya.

Dan ditanya pula mengenai isu gambar artis bercoli yang diperbualkan di media sosial ketika ini, Ayda lebih selesa untuk tidak memberi apa-apa komen dan hanya menyatakan itu hak individu namun dia tidak akan berbuat demikian sekiranya disuruh.

Apa-apa pun, semoga murah rezeki dan sentiasa sukses dalam apa jua bidang yang Ayda Jebat ingin ceburi selepas ini. -MYNEWSHUB.CC

 

https://www.youtube.com/watch?v=gLKbYKUyAVQ

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori