Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Kesihatan Mulut Kanak-Kanak Di...

KUALA TERENGGANU - Statistik status kesihatan mulut dalam kalangan kanak-kanak di Terengganu pada...

Bazaria Danau Kota Pindah...

KUALA LUMPUR - Bazaria Danau Kota akan dipindahkan ke Kompleks Uptown Jalan Genting Klang apabila kompleks...

GST Tak Buat Sewa...

PUTRAJAYA - Pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk...

PKR-DAP Tikam Sesama Sendiri...

KUCHING - Perjanjian Pakatan Harapan yang dimeterai 9 Januari lalu antara DAP dan...

Baby Popular, Aaisyah Dhia Rana Kini Bergelar Artis

Tak salah rasanya kami katakan si comel yang diberi nama Aaisyah Dhia Rana digelar baby paling popular di Malaysia buat masa ini.

Sejak dalam perut hingga kini sudah berusia lima bulan, anak sulung pasangan popular Zain Saidin dan Rozita Che Wan sentiasa mendapat perhatian ramai.

Rozita-Che-Wan-Zain-Saidin-4

Bukan itu sahaja, Aaisyah kini secara rasmi sudah menjadi artis pertama yang paling muda dengan menyertai  syarikat pengurusan Laugh Out Loud (LOL) Entertainment.

Kalau korang nak tahu, syarikat pengurusan popular ini sudah beroperasi lima tahun lalu dibawah pengurusan Afeeq Abd Wahab dan penyanyi Dafi.


Aaisyah bersama Dafi.
Aaisyah bersama Dafi.

“Saya senang bersama pengurusan LOL dan sejak tiga tahun dengan syarikat ini, saya percaya kepada kredibiti LOL sebagai antara syarikat pengurusan popular tanah air.

“Jadi dalam hal anak, saya biarkan yang lebih arif untuk mengatur apa yang sewajarnya untuk dia. Tambahan pula rezeki anak saya kian murah dan mendapat perhatian syarikat yang berkeinginan menjadikannya sebagai duta,” kata Rozita Che Wan yang kini sedang sibuk dengan penggambaran program Primadona di Narita, Jepun.

Alahai, rasa tak sabar-sabar pulak ingin melihat si comel Aaisyah ini beraksi di depan kamera. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori