Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Bergurau Suruh Najib Cari...

KUCHING - Tan Sri Adenan Satem memohon maaf jika gurauannya supaya Perdana Menteri...

Agong, Permaisuri Berangkat Ke...

KUANTAN - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini,...

Pahang Di Kedudukan Selesa...

KUALA LUMPUR - Juara bertahan, Pahang berada dalam kedudukan selesa untuk mara ke...

MH17: Malaysia Bertekad Terus...

SEPANG - Malaysia bertekad untuk terus menggesa masyarakat antarabangsa bertindak tegas untuk mencari...

Menarik.. Baju Viral Isu Warna Dijadikan Iklan Mangsa Dera

150226_SLATEST_TheDress-proof590.jpg.CROP.promo-mediumlarge

SEHELAI baju yang mencetuskan fenomena dan tanda tanya mengenai warna sebenarnya di media sosial telah digunakan sebagai iklan oleh sebuah agensi periklanan di Afrika Selatan.

Jika diklik pada hashtag #TheDress, dapat disaksikan berlaku perdebatan hangat dalam kalangan netizen tentang warna sebenar baju tersebut, hingga persoalan itu menjadi viral di seluruh dunia, baru-baru ini.

Warna yang menjadi perbahasan adalah biru dan hitam ataupun putih dan kuning keemasan.

Isu ini mencetus idea sebuah agensi periklanan untuk menjadikannya iklan bagi kempen anti-keganasan rumahtangga.

Iklan berkenaan turut menyelitkan logo CareHaven, sebuah rumah perlindungan untuk wanita dan anak mangsa dera di Afrika Selatan yang dikendalikan oleh Salvation Army.


Salvation.pngwm

Menerusi tweet oleh Salvation Army, ramai pengguna semestinya agak terkesan jika mengenang bagaimana warna sehelai baju begitu menarik perhatian mereka berbanding warna lebam pada wanita yang menjadi mangsa dera.

Hmm, ini memang idea di luar kotak dan cukup menarik sekali.

– MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori