Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Tiada Konsensus Dicapai Pembubaran...

KUALA LUMPUR - MCA dan MIC kekal bersama Barisan Nasional (BN) ekoran tiada...

Rafizi Masih Ahli Parlimen...

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli masih kekal...

Malaysia Main Peranan ‘Membina’...

NEW YORK - Sejak menjadi anggota tidak tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu...

Zalif Sidek Mengamuk Di...

BARU-baru ini, muncul gosip hangat menyatakan pelakon Papa I Love You, Zalif Sidek telah...

Bakteria Moko Hanya Serang Pokok Pisang

GEORGETOWN – Penyakit Layu Bakteria Pisang (Moko) yang dilapor merosakkan tanaman pisang di Balik Pulau tidak membahayakan manusia, kata Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan negeri Dr Afif Bahardin.

Beliau berkata penyakit yang disebabkan ‘bakteria ralstonia solanacearum’ itu juga tidak menjejaskan tanaman lain.

Setakat ini penyakit itu dikesan menyerang tanaman pisang di Balik Pulau dan Seberang Perai Utara.

“Virus di dalam tanah menyerang keseluruhan pokok dan serangan itu menyebabkan pengusaha tanaman pisang kerugian kira-kira RM2 juta,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata tanaman pisang di kawasan terjejas tidak boleh diselamatkan lagi dan Jabatan Pertanian negeri telah melakukan kerja mengkaji semula tanah bagi merawat serta membaik pulih semula tanah.

Virus itu boleh hidup di dalam tanah dalam tempoh menjangkau masa bertahun, katanya sambil menasihatkan pekebun yang terlibat supaya menanam tanaman lain sehingga tanah yang terjejas dipulihkan sepenuhnya.


Beliau berkata pihak Jabatan Pertanian negeri juga telah meminta bantuan kerajaan persekutuan untuk menyelesaikan masalah itu.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Dr Afif berkata kejohanan futsal Piala Penaung anjuran Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) akan diadakan di Safira Sports Planet, Seberang Jaya, dekat sini pada 4 April.

Beliau yang juga Pengerusi Penyelaras Pemadam Pulau Pinang berkata sejumlah 500 peserta dijangka menyertai kejohanan itu yang menawarkan hadiah wang tunai RM3,000 kepada johan pasukan lelaki dan RM2,000 untuk juara pasukan wanita.

Kejohanan edisi keempat itu terbuka kepada anggota Pemadam berusia antara 18 dan 30 tahun dan semua Pemadam negeri akan menghantar tiga pasukan iaitu dua pasukan lelaki dan satu wanita, katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori