Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Pogba Seorang Tak Boleh...

PENGURUS skuad kebangsaan Perancis, Didier Deschamps menegaskan Paul Pogba tidak akan dapat membantu...

Graduan Menganggur Disaran Ambil...

KUALA LUMPUR - Ramai yang masih tidak menyedari bahawa bidang Pendidikan dan Latihan...

Peguam Negara Digesa Henti...

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menggesa Peguam Negara, Tommy Thomas...

Tidak Mengaku Salah Cabul...

MELAKA - Seorang banduan didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas...

Bandar Raya Sanaa Dibom Tiga Malam

SANAA – Bandar raya ini dibom bertalu-talu untuk malam ketiga berturut-turut, kata beberapa penduduk semalam selepas jet-jet pejuang Arab Saudi menyerang pemberontak Syiah Houthi yang disokong Iran.

Serangan oleh Riyadh itu dilakukan bagi mempertahankan Presiden Yemen, Abedrabbo Mansour Hadi.

“Ia malam yang sengit dengan pemgeboman,” kata seorang warga asing yang bekerja untuk sebuah pertubuhan bantuan antarabangsa di sini.

“Orang ramai mahu melarikan diri tetapi tiada penerbangan keluar dari Yemen,” tambahnya.

Menurut seorang jurugambar agensi berita AFP, malam kelmarin merupakan pengeboman paling sengit di bandar ini sejak Arab Saudi melancarkan operasi serangan udara ke atas Yemen.

“Bandar ini dibom sehingga subuh,” katanya


Beberapa saksi pula berkata, serangan udara itu disasarkan ke atas depot senjata dan kemudahan ketenteraan lain di pinggir bandar ini.

Terdahulu, Arab Saudi menyatakan bahawa lebih 10 negara telah menyertai pakatannya untuk mempertahankan Abderabbo. Beliau tiba di Mesir kelmarin untuk menemui sekutu-sekutu Arab di sebuah persidangan serantau.

Riyadh menuduh Iran yang berfahaman Syiah melakukan pencerobohan dan menyokong militia Houthi yang mahu merampas kuasa di Yemen. – AFP

https://www.youtube.com/watch?v=TvUvIarPAOw

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori