Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Makkah Perubatan Terbaik Untuk...

MAKKAH - Lembaga Tabung Haji (TH) bersedia pada bila-bila masa untuk memberikan perkhidmatan...

10 Wakil Rakyat Di...

KOTA KINABALU- Sepuluh wakil rakyat Sabah, masing-masing lima Anggota Parlimen dan Anggota Dewan...

3 Maut, 4 Parah...

TEMERLOH - Tiga maut, empat parah termasuk seorang kanak-kanak dalam kemalangan jalan raya...

Video: Lawak! Pelajar Kantoi...

VIDEO yang semakin viral melalui laman sosial ini menunjukkan seorang penuntut di Universiti...

Bayi Parah Dalam Kemalangan Di LPT Semalam Meninggal Dunia

KUANTAN – Bayi perempuan yang cedera parah dalam kemalangan yang mengorbankan ibu bapanya Lebuhraya Pantai Timur (LPT) petang semalam, meninggal dunia malam tadi akibat kecederaan parah yang dialaminya.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri Pahang Supt Mohd Noor Yusof Ali memberitahu Bernama, bayi berusia sebulan itu, Noor Syamimi Tan Ahmad Yusri Syamil Tan, meninggal dunia pada pukul 11 malam ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.

Dalam kemalangan kira-kira 2.30 petang di Kilometer 210.6 LPT arah Kuantan – Kuala Lumpur dekat Gambang di sini, bapa bayi itu, Tan Poh Chin @ Ahmad Yusri Syamil Tan Abdullah, 31, dan ibunya, Noor Hasnira Embong, 30, maut di tempat kejadian kerana kecederaan teruk di kepala dan badan.

Kemalangan berlaku apabila kereta jenis Proton Saga BLM dinaiki tiga beranak itu hilang kawalan lalu terbabas ke sebelah kiri jalan dan terhumban ke dalam longkang simen di situ sebelum terbalik.

Kejadian berlaku semasa mangsa sekeluarga yang menetap di Terengganu dalam perjalanan dari arah Kuala Terengganu menghala ke Kuala Lumpur. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori