Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

‘Buntat’ Muncul Dalam Jibam...

NOSTALGIA... Mereka yang pernah membesar sekitar tahun 1980-an dan 1990-an, novel Jibam karya...

Isu Kampung Baru Cina...

KUALA LUMPUR: Cadangan menjadikan kampung baru Cina di Selangor sebagai Tapak Warisan Dunia...

Tipu Teman Wanita: Kelindan...

KUALA LUMPUR - Seorang kelindan lori dipenjara 12 bulan dan satu sebatan oleh...

Redzuan Tak Kecil Hati...

PUTRAJAYA - Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof berkata beliau tidak...

Bedilan Kuat Gegar Ibu Negara Yaman

SANAA – Satu bedilan kuat menggegarkan Sanaa malam tadi susulan serangan udara yang dilakukan tentera pakatan Teluk diketuai Arab Saudi terhadap pemberontak Syiah di kawasan yang dikuasai mereka di ibu negara Yaman.

Serangan juga dilakukan di selatan negara itu, manakala pertempuran terus berlaku di bandar pelabuhan selatan Aden yang menjadi bandaraya tonggak Presiden Abedrabbo Mansour Hadi.

Peluru anti-pesawat dikatakan turut dilepaskan apabila tentera pakatan menumpukan serangan udara terhadap sebuah kem di Al-Istiqbal, di barat sempadan Sanaa.

Saksi berkata, serangan udara turut mensasarkan pangkalan tentera Al-Samaa, di utara Sanaa, yang digunakan oleh kumpulan tentera yang berpaling tadah kepada bekas Panglima Ahmed Ali Saleh.

Saleh adalah anak kepada presiden yang digulingkan, Ali Abdullah Saleh, yang didakwa menggerakkan kumpulan pemberontak untuk menentang kerajaan.


Di selatan Yaman, pemberontak dan tentera yang setia dengan Saleh diberi tekanan untuk meninggalkan zon kawalan mereka selepas dua serangan udara mensasarkan pangkalan udara Al-Anad di utara Aden yang dikuasai pemberontak, Rabu lalu.

Satu lagi sasaran serangan udara adalah pangkalan tentera khas yang bersekutu dengan pemberontak Huthi di Qatabah, kira-kira 120 kilometer di utara Aden. – AFP

https://youtu.be/yGOr7D-YMlM

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori