Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Ainan Tasneem Sah Isteri...

TAHNIAH.... Penyanyi muda, Ainan Tasneem Redzuan sah bergelar sebagai isteri kepada Mohamad Ariffudin...

Pendapatan Bersih MAHB 2017...

KUKUH... Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) mencatatkan peningkatan pendapatan bersih 224 peratus kepada...

Tidak Bincang Pelantikan Yang...

JOHOR BAHRU - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, pertemuannya dengan Sultan...

Penganggur Ditahan Curi Duit...

PETALING JAYA: Polis menahan seorang penganggur selepas dipercayai mencuri wang derma berjumlah RM500...

Bekalan Air Di Selangor Pulih Mulai Hari Ini, Esok

SHAH ALAM – Gangguan bekalan air terawat di wilayah Petaling, Kuala Langat dan Sepang dijangka pulih sepenuhnya hari ini manakala daerah Hulu Langat pula menjelang pagi esok setelah terjejas akibat pencemaran sejak kelmarin.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Selangor, Zaidy Abdul Talib, berkata proses penyaluran semula itu dilakukan setelah loji rawatan air Sungai Semenyih mampu beroperasi pada kapasiti penuh sejak 3 pagi semalam.

Katanya, analisis pensampelan in-situ bagi parameter pH, ammonia dan mangan di Sungai Semenyih dan anak-anak sungainya yang dibuat Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Syarikat Konsortium ABASS Sdn Bhd mendapati ia berada pada kadar normal.

“Siasatan masih lagi diteruskan untuk mengenal pasti punca yang menyebabkan pencemaran itu berlaku,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Menurutnya, Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) akan terus menyediakan bantuan bekalan air kecemasan melalui 49 lori tangki yang digerakkan mulai kelmarin bagi mengurangkan kesulitan pengguna di kawasan yang masih terjejas.

Zaidy turut menggalakkan pengguna yang mengalami gangguan bekalan air untuk mendapatkan perincian status pemulihan mengikut kawasan menerusi laman web SYABAS iaitu www.syabas.com.my.

Gangguan bekalan air dan tekanan air rendah sejak kelmarin menjejaskan 39 kawasan di Petaling yang melibatkan 135,000 pintu rumah, 72 kawasan di Kuala Langat melibatkan 45,029 pintu rumah, 216 kawasan di Hulu Langat melibatkan (146,954 pintu rumah) dan 61 kawasan di Sepang melibatkan 148,236 pintu rumah. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • air

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori