ABIDJAN – Mahkamah di sini menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun ke atas bekas wanita pertama Ivory Coast atas tuduhan “memperlekeh keselamatan negara” ketika keganasan selepas pilihan raya umum 2010-2011 menyebabkan 3,000 orang terkorban.
“Mahkamah selepas membuat pertimbangan sewajarnya, sebulat suara memutuskan bekas isteri Presiden Ivory Coast, Laurent Gbagbo, 65, dipenjara selama 20 tahun,” kata Presiden mahkamah, Tahirou Dembele.
Pendakwa raya sebelum itu memohon hukuman penjara selama 10 tahun. – AFP