Sunday, December 1, 2024

Creating liberating content

Fattah Amin Syukur Dikurnia...

PELAKON, Fattah Amin meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan seorang isteri yang sentiasa berada...

MB Selangor Cedera Tulang...

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan berehat...

Taufan Florence Badai AS,...

RALEIGH (Amerika Syarikat) - Bencana hujan lebat serta banjir disertai ribut di kawasan...

Penerokaan Tanah Secara Haram...

IPOH - Sindiket besar didalangi oleh orang dari luar Perak dikesan menerokai ribuan...

Beri Peluang Kepada Kerajaan Laksana GST

RAUB – Rakyat diminta memberi peluang kepada kerajaan melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebelum membuat pelbagai andaian negatif mengenai sistem percukaian baharu itu.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata ini kerana beliau yakin sistem itu akan memberi manfaat kepada pengguna dan juga peniaga.

“Kita juga yakin jika semua pihak dapat memberi kerjasama terutama pihak peniaga, peruncit dan pemborong, GST akan menjadi sumber kewangan yang baik dan mantap kepada pendapatan negara,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan bangunan baharu Pusat GiatMara Raub di Jalan Taman Mewah, dekat sini hari ini.

Katanya sistem itu sudah dilaksana oleh lebih 160 negara termasuk negara yang jauh ketinggalan dari segi pembangunan berbanding Malaysia.

“Mungkin ada masalah pada peringkat awal pelaksanaannya, namun saya percaya GST adalah sistem yang boleh membantu pengguna dan peniaga,” katanya.

Mengulas perkembangan krisis di Yaman, Mohd Shafie berkata walaupun tiada pelajar tajaan Mara di Yaman, pihaknya tetap memantau situasi bagi memastikan keselamatan pelajar tajaan agensi itu di negara berjiran seperti Mesir tidak terjejas.


“Kita sentiasa berhubung dengan pihak Wisma Putra dan jika mereka keluarkan arahan untuk membawa keluar pelajar tajaan kita dari negara berkenaan, sudah pasti kita akan lakukan untuk memastikan keselamatan mereka terjamin,” katanya.

Terdahulu pada majlis itu, Mohd Shafie turut menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman antara GiatMara Raub dan NAZA Academy yang memberi peluang kepada pelatih GiatMara Raub melanjutkan pelajaran di akademi berkenaan.

Bangunan GiatMara Raub bernilai kira-kira RM5 juta itu dibina pada 2012 dan siap sepenuhnya awal tahun ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori