Friday, January 17, 2025

Creating liberating content

Warga Emas ‘Dipukau’ Selepas...

PERNAHKAH anda ditegur oleh penjual yang berada di ruang legar pusat membeli belah dan...

Najib Diminta Tak Buat...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengingatkan Datuk Seri Najib...

3 PATI Lemas, 16...

JOHOR BAHRU - Tiga pendatang asing tanpa izin (PATI) lemas, lima yang lain...

Anifah Fail Semakan Keputusan...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anifah Aman akan memfailkan permohonannya untuk semakan terhadap...

“Biarlah Rakyat Singapura Nak Cakap Apa Pun” – MB Johor

KUALA LUMPUR – Kerajaan Johor akan tetap meneruskan dasar baharu perumahan negeri itu walaupun dikritik rakyat Singapura.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kerajaan Johor tidak wajar dipengaruhi kritikan itu demi kebaikan rakyat negeri tersebut.

“Ingin saya tegaskan dasar perumahan yang kita lakukan adalah untuk rakyat,bagi rakyat Johor. Kalau perlu ubah kita ubah. Biarlah rakyat Singapura nak cakap apa pun,” katanya melalui laman Facebook beliau semalam.

Mohamed Khaled berkata demikian berikutan dakwaan rakyat Singapura kini tidak lagi berminat memiliki rumah di Johor.

Ia berikutan dasar perumahan baharu di Johor mengawal pemilikan asing menyebabkan kadar pemilikan rakyat Singapura mula menurun tahun lalu.


Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor tahun lalu meluluskan Enakmen Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor 2014.

Ia bertujuan menyediakan satu bentuk perundangan berkaitan pembangunan sektor perumahan dan hartanah di negeri itu.

Penyediaan enakmen berkenaan bertujuan membantu memperkukuh sektor perumahan dan hartanah di Johor berlandaskan kepentingan rakyat negeri itu. – MYNEWSHUB.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori