Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

MCA Bukan Rasis Macam...

PONTIAN - MCA mempunyai kelainan sedikit berbanding parti lain yang kononnya mewakili masyarakat...

Rahsiakan Tunangan, Tasha Bakal...

SELEPAS mengambil keputusan untuk berhenti bernyanyi, Tasha Manshahar lebih menjurus dalam bidang pendidikan...

PM Lancar Mahkamah Kes...

PUTRAJAYA - Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri...

Warga Malaysia Dipenjara, Simbah...

KIAN-WEE SHOW, 28, berang dengan rakan sekerjanya selepas lelaki itu bertindak mengambil sepotong...

Bicara Kes Fitnah Mohammad Nizar Bermula 10 Jun

IPOH – Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan tiga hari bermula 10 Jun depan sebagai tarikh perbicaraan kes fitnah bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, hampir tiga tahun lepas.

Hakim Norhayati Mat menetapkan tarikh berkenaan selepas kes membabitkan ketua pembangkang Perak yang juga anggota Dewan Undangan Negeri Changkat Jering itu disebut semula di hadapannya hari ini.

Mohammad Nizar, 59, yang beralamat di Sungai Rokam, didakwa memfitnah Najib dalam ucapannya kepada orang ramai di Taman Desa Pakatan di sini antara pukul 9 malam dan 12 tengah malam, 23 April 2012.

Timbalan Pesuruhjaya I PAS Perak itu didakwa mengetahui tohmahan seperti yang terkandung dalam transkrip ucapan dalam Lampiran A yang disertakan bersama-sama kertas pertuduhan tersebut akan merosakkan nama baik Najib.

Dia didakwa mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau didenda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.


Pada 13 Jan lepas, Mahkamah Sesyen melepas tanpa membebaskan Mohammad Nizar daripada pertuduhan memfitnah Najib selepas membenarkan bantahan awal pihak pembelaan yang diketuai Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden berhubung isu pengadu dalam kes itu.

Hakim Rihaida Rafie memutuskan bahawa aduan yang dibuat dalam kes itu cacat dan tidak boleh diterima kerana terdapat kekeliruan siapa yang sebenarnya membuat aduan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori