Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Tempoh Jerebu Tamat: Jokowi...

HARI ini 24 Oktober 2015, genap tempoh dua minggu yang dihasratkan Presiden Indonesia,...

Wanita Buat Onar, Lepas...

PENUMPANG sebuah bas 'dihidangkan' dengan habuan mata yang menjijikkan apabila seorang wanita tanpa...

Rekaan Konsep Apple ‘FIiPhone’...

APPLE iPhone versi pertama muncul pada tahun 2007 dan ini sekaligus mengubah dunia...

Moto2: Hafizh Syahrin Resah...

SEPANG - Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah masih runsing dengan keadaan jenteranya...

Bilangan Pasangan Malaysia Bernikah Di Selatan Thai Meningkat

KRABI – Bilangan pasangan rakyat Malaysia yang bernikah di Selatan Thailand tahun lepas meningkat dan antara sebab utamanya ialah keinginan berpoligami tetapi menghadapi tentangan isteri atau keluarga.

Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Mohd Faizal Razali berkata, ia membabitkan 3,831 pasangan tahun lepas berbanding 3,485 pasangan pada 2013.

Katanya, statistik menunjukkan peningkatan purata antara 20 hingga 25 pasangan sehari pada tahun lepas berbanding 15 hingga 20 pasangan sehari pada 2013.

Pada Januari dan Februari 2015 pula, sebanyak 675 pasangan telah bernikah di Selatan Thailand.


Kira-kira 80 peratus perkahwinan tersebut membabitkan pasangan sesama rakyat Malaysia dan selebihnya rakyat Malaysia dengan warga negara asing terutama lelaki dari negara sub-kontinen, kata Mohd Faizal.

– BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori