Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Identiti 3 Mangsa Nahas...

KUALA KANGSAR - Identiti tiga mangsa yang maut dalam kemalangan membabitkan lapan kenderaan...

Marsha, Shaiful Nizam Sah...

TAHNIAH diucapkan kepada pelakon dan penyanyi Marsha Milan Londoh yang kini sah bergelar isteri...

myPBA Mudahkan Pengguna Bayar...

GEORGE TOWN - Warga Pulau Pinang kini boleh menggunakan telefon pintar atau tablet...

Dr Adham Turun Padang...

SEREMBAN - Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba hari ini turun padang meninjau...

BN Kelantan Konsisten Sokong Pembentangan RUU Hudud

KOTA BAHARU – Barisan Nasional (BN) Kelantan akan konsisten dalam keputusannya menyokong rang undang-undang persendirian mengenai hudud jika dibawa oleh mana-mana anggota Parlimen PAS di Dewan Rakyat selepas ini, kata Pengerusi BN negeri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata ia merupakan pendirian BN Kelantan terutama selepas 12 anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno menyatakan sokongan sebulat suara terhadap Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) negeri Kelantan yang diluluskan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan hari ini.

“Kita (anggota Parlimen BN Kelantan) konsisten dengan pendirian kita selama ini. (Bagaimanapun) ini pendirian kita di peringkat negeri (Kelantan) sahaja, negeri-negeri lain (di bawah pimpinan BN) kita tak tahu bagaimana,” katanya pada sidang media selepas menghadiri sidang DUN di Kompleks Kota Darulnaim di sini.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan hari ini meluluskan rang undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) yang hanya terpakai kepada orang Islam mukallaf apabila ia dilaksanakan kelak di negeri ini selepas kesemua 44 anggota dewan sebulat suara meluluskan rang undang-undang itu.

Sejarah tercatat apabila kesemua 12 anggota DUN Kelantan daripada BN menyokong rang undang-undang itu, yang dibentangkan kerajaan negeri pimpinan PAS melalui Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob.

Mengulas mengenai parti komponen BN terutama dari kalangan bukan Islam yang menentang undang-undang itu, Mustapa berkata mungkin ada yang tidak berpuas hati dengan langkah BN Kelantan yang mengambil pendirian menyokong rang undang-undang berkenaan.


“Kami telah bincangkan perkara ini dalam mesyuarat BN negeri tiga minggu lepas dan kami beri penerangan…banyak soalan dibangkitkan oleh rakan-rakan komponen BN (negeri) dan kami berjanji akan beri penerangan kepada mereka, cuma ia tertangguh kerana program pasca banjir.

“Ada antara mereka berpendapat apabila diberikan penerangan lanjut, mungkin undang-undang ini akan difahami oleh orang bukan Islam dan tentangan terhadap undang-undang ini akan berkurangan,” katanya.

Ditanya mengenai tindakan beberapa anggota parti Gerakan yang memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi bagi memohon deklarasi pembatalan terhadap undang-undang berkenaan semalam, pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan itu berkata beliau tidak dimaklumkan mengenai perkara berkenaan.

“Pengerusi BN (Datuk Seri Najib Tun Razak) akan mengadakan perbicangan dengan semua parti komponen dalam masa terdekat berhubung perkara itu,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori