Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Singapura Umum Kawalan Eksport,...

KUALA LUMPUR: Singapura bertindak di luar kebiasaan negara ASEAN dengan mengenakan kawalan dan...

Covid-19 Menular Ke Kuwait,...

ALGIERS - Algeria mengesahkan kes pertama koronavirus baharu (Covid-19).Kementerian Kesihatan negara itu berkata,...

“Kami Mohon Maaf Kepada...

"KAMI minta maaf kepada kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia."Ia diluahkan Timbalan Presiden Persatuan...

JDT Juara Liga Super...

MELAKA - Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) menepati ramalan apabila sah menjulang kejuaraan...

Buat Butik Tak Nak Gajikan Pekerja Berhijab, Cuba Contohi Barat!

Aduan dari ramai wanita berhijab tentang tindakan menganaktirikan mereka hanya kerana menutup aurat sememangnya acapkali menjadi buah mulut warga media.

Bukan sahaja masyarakat biasa, insiden tersebut juga dihadapi oleh selebriti terkenal negara, Datuk Rosyam Nor apabila anaknya disyaratkan untuk menanggalkan tudung andai ingin bekerja di situ.

[TERDAHULU: Rosyam Nor Maafkan Kedai Suruh Anaknya Buka Tudung]

rosyam-noor11

Yang menjadi tanda-tanya, apa kaitan hijab dan tugas sebagai promoter sehingga kriteria tersebut diambil kira ketika proses temuduga pemohon.

Malah, ada yang tergamak mengeluarkan kenyataan, “Awak perlu membuka tudung jika mahu bekerja di sini”. Murahnya kewajipan bertudung itu pada mata sesetengah pihak, kan?

Dalam kes terbaru pula, seorang individu yang sedang ditemuduga oleh sebuah butik, dikejutkan dengan satu kenyataan ‘panas’ apabila mengakui butik tidak membenarkan pekerjanya untuk berhenti bersolat pada setiap waktu solat.

Tulis si pengadu tersebut di laman Facebooknya tentang kenyataan dari wakil butik tersebut, “Kita tak benarkan untuk keluar pergi sembahyang sebab you only allowed to go masa you rehat which is once a day.

“You kena sembahyang 3-5 times a day. Kita tak boleh bagi you keluar banyak kali macam tu.”

Senang cakap, walaupun agama Islam dimaktubkan sebagai agama rasmi, namun terdapat segelintir pihak yang sewenang-wenangnya melakukan apa sahaja tanpa memikirkan sentiviti tersebut.

Jika dibandingkan dengan negara barat, situasi tersebut boleh disimpulkan sebagai ‘vice versa‘ kerana mereka masih menilai setiap individu bukanlah berdasarkan agama, kaum dan warna kulit.

11024667_10153985976564572_5102572861273666048_o (1) (1)


Melalui satu entri yang dimuat naik seorang wanita, dia menceritakan pengalamannya masuk ke butik luar negara dan tahap keterbukaan masyarakat sana terhadap gadis berhijab.

Tulisnya, “First, masuk Burberry London dilayan macam raja. Siap depa offer air walaupun tak beli apa-apa. Berbeza sekali kalau masuk kedai-kedai mahal di Kuala Lumpur.

“Second, at first I thought this lady customer biasa. Rupa-rupanya pekerja sini. Rileks je boleh kerja pakai jubah tudung labuh macam ni. Kalau dekat KL, pernah dengar cerita tak boleh kerja pakai tudung.”

11024667_10153985976564572_5102572861273666048_o (1).jpg1 (1)

Siapa tak kecewa apabila kedai-kedai yang menapak di sebuah negara Islam tegar mendiskriminasikan golongan berhijab dan warga Islam yang menurut seruan agama.

Apa, hanya kerana nilai seksualiti yang disembunyikan di sebalik litupan kain, mereka bakal menanggung kerugian? Kasihan sungguh kalau ada individu yang masih sempit akal fikirannya.

– MYNEWSHUB.CC

Reaksi Masyarakat Di London Tentang Wanita Berhijab

https://www.youtube.com/watch?v=4q101K2D5dQ

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori