Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Muhyiddin Telah Melampaui Batasan...

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata...

Tiada Aduan Penyelewengan Bantuan...

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Integriti Pengurusan Tabung dan Dana Banjir yang beroperasi sejak...

Ular Sawa Kenyang Disangka...

SHAH ALAM - Seorang lelaki yang sedang leka berjoging tidak menyangka objek yang...

VIDEO: Peserta Payung Terjun...

MENCEMASKAN..!Seorang lelaki yang sedang melakukan terjunan udara telah dirakam mengalami serangan sawan ketika berada...

Cadang Kerajaan Lanjutkan Program Taklimat GST

KUALA LUMPUR – Program taklimat Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) harus diteruskan walaupun selepas ia dilaksanakan bermula Rabu ini, kata Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) Muda Nasional.

Pengerusinya, Feruddin Emir Moehamad Izat Emir berkata, ia bertujuan memberi pendedahan berterusan tentang cukai berkadar enam peratus itu, terutama kepada usahawan muda.

“Perdasama Muda mencadangkan agar kerajaan meneruskan program taklimat ini sekurang-kurangnya bagi tempoh setahun dan kami sedia menjadi penggerak bagi program-program taklimat GST pada masa akan datang,” katanya ketika ditemui Bernama dalam program taklimat khas GST, di sini baru-baru ini.

Katanya, langkah itu penting bagi menyiapkan usahawan muda menghadapi persekitaran Komuniti Ekonomi Asean terutama dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu sekarang.


Mengenai taklimat itu, beliau berkata mereka mahu membantu mewujudkan lebih ramai peniaga muda selain mengukuhkan kedudukan usahawan sedia ada.

“Selain taklimat ini, Perdasama turut menyediakan peluang perniagaan kepada golongan muda dan kami juga menyediakan premis atau tapak perniagaan kepada mereka,” katanya.

Program taklimat selama dua hari itu dihadiri sekitar 200 peniaga muda termasuk beberapa wakil daripada syarikat awam yang tersenarai di Bursa Malaysia. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • GST

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori