Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Malaysia Tunggu Keberkesanan Vaksin...

KUALA LUMPUR - Malaysia akan meneliti kesan sampingan dan keberkesanan vaksin Covid-19 yang...

Tiada Cadangan Tukar Hukuman...

KUALA LUMPUR - Kerajaan belum bercadang untuk menukar hukuman rotan sedia ada kepada...

Mat Sabu Dakwa Konon...

KUALA LUMPUR - "Saya berpengalaman mengembangkan parti Islam lebih daripada 38 tahun," tegas...

UTM Raih Tiga Anugerah...

KUALA LUMPUR - Universiti Teknologi Malaysia (UTM) meraih tiga pengiktirafan pada majlis Anugerah...

Cat Khas Banteras Kaki Kencing Bersepah

HAMBURG, Jerman – Gara-gara tidak puas hati dengan sikap pengunjung yang sering membuang air kecil di tempat awam, penduduk St. Louis di sini bertindak mengecat dinding premis dan taman permainan menggunakan cat jenis kalis air.

Cat jenis hidrofobik itu akan menyebabkan air kencing memantul semula kepada individu yang melakukan perbuatan tersebut sekali gus memberi pengajaran kepada pengunjung agar menjaga kebersihan.

Ahli jawatankuasa persatuan penduduk St. Pauli dan juga pemilik bar, Uwe Christiansen berkata, penduduk setempat sememangnya mengalu-alukan kehadiran pengunjung ke kawasan berkenaan, namun mereka tidak dapat menerima sikap suka membuang air kecil merata-rata di tempat awam.

“Kawasan ini sering dikunjungi lebih 20 juta pengunjung setiap tahun dan kami sudah lama bersabar dengan sikap individu kencing di dinding premis, taman permainan dan juga pintu-pintu rumah.

“Kami meletakkan papan tanda di beberapa kawasan supaya individu yang ingin membuang kecil di lokasi berkenaan akan berfikir dua kali sebelum melakukannya,” katanya. – AGENSI

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori