Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Apple, Tim Cook sekali lagi mengejutkan dunia apabila mendedahkan bakal menderma kesemua kekayaan yang dimiliki kepada golongan yang kurang bernasib baik.
Menerusi majalah Fortune, jutawan ternama itu merancang mahu menderma sebanyak USD $785,000,000 (RM2.88 billion) kepada badan-badan amal tertentu.
Kata Cook, keinginan ini muncul selepas dia menyara yuran pendidikan kolej anak saudaranya yang berusia 10 tahun.
Dalam pada itu, Fortune turut menganggarkan nilai bersih kekayaan Cook berdasalkanĆāĆĀ nilai pegangan saham Apple iaitu kira-kira USD $120 juta (RM439 juta).
Selain itu, Cook turut memiliki pegangan saham terhad berjumlah USD $665 juta (RM2.44 billion) jika terletak pada hak beliau sepenuhnya.
Sementara itu, ada yang menyifatkan Cook sebagai dermawan kerana sebelum ini jutawan ini juga pernah memberi sumbangan wang kepada insan yang memerlukan secara senyap-senyap.
Terdahulu, Cook pernah mencetuskan kontroversi ekoran berani mendedahkan perasaan seksualitinya yang sebenar kepada umum dengan mengaku dirinya adalah gay. – MYNEWSHUB.CC